Artikel 4
24 Oktober 2023
Perang Palestin dan Negara Haram Israel: Kegagalan Undang-Undang Antarabangsa Dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Nukilan Oleh : Muhamad Hisham bin Marzuki Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
Konflik peperangan Palestin dan Negara Israel telah bermula sejak daripada pengisytiharan negara haram Israel serta penyelesaian melalui pembahagian 2 negara bagi Israel dan Palestin di tanah asal Palestin pada 1947. Lanjutan daripada itu, pelbagai siri penentangan daripada rakyat Palestin dan negara-negara arab telah tercetus akibat daripada tindakan agresif rejim zionis terhadap bangsa Palestin.
Mengikut resolusi 2334 pada 23 Disember 2016, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan usul berkenaan penempatan haram warga Israel di tanah-tanah milik rakyat Palestin adalah tidak sah mengikut undang-undang antarabangsa. Namun sehingga kini, resolusi tersebut telah gagal untuk memberi tekanan antarabangsa kepada negara haram Israel untuk terus menghentikan kezaliman dan pembunuhan rakyat Palestin. Terkini, siri pengeboman terhadap penduduk di Semenanjung Gaza ketika kali terakhir peperangan berlaku pada tahun 2021 telah mencatatkan kematian dan kerosakan yang tinggi kepada Semenanjung Gaza.
Mengikut undang-undang antarabangsa, tindakan penentangan rakyat Palestin ini adalah sebagai self determination di dalam mempertahankan diri, keluarga dan negara daripada dijajah oleh rejim Zionis. Malah, tindakan para pendatang yahudi secara terang-terangan mengusir dan merampas tanah rakyat Palestin terus dibenarkan oleh rejim Zionis termasuk undang-undang Israel yang menghalalkan tindakan tersebut yang terus menafikan hak rakyat Palestin.
Sehingga kini, ribuan nyawa rakyat Palestin telah gugur syahid di dalam siri pengeboman terkini di Semenanjung Gaza. Malah, Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) tidak bertindak tegas dan terus berlembut dengan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis. Undang-undang antarabangsa juga tidak dipatuhi dan orang awam terus menjadi sasaran pengeboman rejim Zionis yang jelas mengorbankan kanak-kanak dan wanita. Rejim Zionis juga secara terang-terangan tidak mengendahkan undang-undang antarabangsa serta terus melakukan jenayah perang yang jelas di mata dunia termasuk pengeboman tempat kediaman awam, pasukan perubatan dan para wartawan. Negara-negara islam yang terdiri daripada Pertubuhan Negara Islam (OIC) dilihat tidak memainkan peranan utama di dalam melawan kezaliman zionis.
Ditambah dengan sentimen Yahudi yang menebal dikalangan negara-negara Eropah telah menjadikan isu Palestin ini kononnya sebagai pelabelan tindakan militan oleh rakyat Palestin yang bermatian mempertahan tanah air mereka. Selain itu, peranan yang kononnya dimainkan oleh PBB adalah gagal sebagai tujuan penubuhan iaitu untuk memastikan keamanan di seluruh dunia serta hanya dilihat seperti berat sebelah di dalam konflik ini. Konsep penggunaan kuasa veto negara-negara besar di dalam setiap setiap undian turut mendatangkan masalah di dalam Majlis Keselamatan PBB bertindak apabila sekutu utama Israel iaitu Amerika Syarikat dan Britain.
Kesimpulannya, tindakan Israel di dalam meneruskan pembunuhan ke atas orang awam adalah tidak akan menunjukkan sebarang tanda untuk berhenti selagi kuasa besar dunia terus menutup mata serta tidak bertegas untuk menarik sokongan di dalam tindakan kejam Israel. Malaysia perlu tegas dan memainkan peranan di dalam terus mengecam dan melakukan tindakan yang padu di dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin melalui pelbagai sumber dan cara yang ada.