[16 Mei 2025]
KENYATAAN MEDIA: Sokongan PPMM Terhadap Kempen Larangan Promosi Budaya Homoseksual Menerusi Papan Tanda Awam di Negeri Terengganu
Oleh: Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM)
Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) dengan ini menyatakan sokongan padu terhadap langkah proaktif Kerajaan Negeri Terengganu, khususnya inisiatif yang dilaksanakan menerusi pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, dalam mempromosi larangan terhadap budaya homoseksual melalui medium papan tanda awam. Usaha yang berani dan wajar ini adalah cerminan komitmen kerajaan negeri dalam memelihara kemaslahatan awam dan ketenteraman awam.
PPMM menzahirkan rasa kesal dan menolak sekeras-kerasnya kecaman serta kritikan yang dilemparkan oleh segelintir kumpulan atau organisasi kononnya kempen ini bertujuan menyemai kebencian terhadap golongan homoseksual di Malaysia. Kami berpandangan, kecaman sedemikian adalah hujah yang cetek, mengelirukan, dan nyata terkeluar dari acuan perundangan serta norma yang berpaksikan adab dan tatasusila masyarakat Malaysia. Adalah penting untuk ditegaskan bahawa prinsip kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan sama sekali tidak memberikan lesen untuk melampaui batasan undang-undang serta melanggar kesucian agama dan nilai moral masyarakat.
Sebaliknya, kempen kesedaran seumpama ini seharusnya diberikan sokongan padu kerana ia adalah langkah penting dalam membendung ancaman gejala sosial yang kian meruncing dan berupaya meruntuhkan tatasusila serta norma murni masyarakat Malaysia. Lebih utama lagi, Perlembagaan Persekutuan meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan, yang mana ajarannya secara terang menolak sebarang bentuk promosi atau normalisasi gaya hidup yang bertentangan dengan fitrah manusia dan ajaran agama, termasuk budaya homoseksual.
Tambahan pula, langkah proaktif Kerajaan Negeri Terengganu memasang papan tanda ini berfungsi sebagai peringatan dan pendidikan berterusan kepada masyarakat awam mengenai larangan dan implikasi perundangan bagi perbuatan yang menyalahi undang-undang sedia ada, termasuklah peruntukan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi kesalahan jenayah sivil dan Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Terengganu) 2001 bagi kesalahan jenayah syariah.
Adalah relevan untuk merujuk kepada prinsip undang-undang yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Menteri Dalam Negeri & Ors v. Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur [2013] 6 MLRA 8. Dalam penghakiman tersebut, Mahkamah dengan jelas menegaskan:
"[36] The alleged infringement of the fundamental liberties of the respondent can be negated by trite law that any freedom is not absolute. Freedom cannot be unfettered, otherwise like absolute power, it can lead to chaos and anarchy. Freedom of speech and expression under art 10(1) are subjected to restrictions imposed by law under art 10(2)(a). Freedom of religion, under art 11(1), as explained above is subjected to art 11(4) and is to be read with art 3(1)."
Penghakiman ini menggariskan dengan terang bahawa tiada kebebasan, walau apa pun bentuknya, bersifat mutlak tanpa batasan, khususnya apabila ia melibatkan kepentingan awam, moral, dan kedudukan Islam di Malaysia.
Berdasarkan hujah dan peruntukan undang-undang yang sedia ada, PPMM mendesak mana-mana pihak yang cenderung membantah usaha murni melarang promosi budaya homoseksual di ruang awam negara ini agar menghentikan cubaan untuk menyalahgunakan peruntukan hak kebebasan bersuara dan bersidang yang telah digariskan batasannya di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan tersebut perlu dizahirkan dengan penuh tanggungjawab dan berpandukan lunas undang-undang serta norma masyarakat beragama.
“Mengarusperdanakan Syariah”
Muhamad Hisham Bin Marzuki
Presiden,
Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM)