Artikel 12
2 Julai 2024
Tempoh Percubaan Tanpa KWSP & SOCSO, Mana Penghujungnya?
Nukilan Oleh : Muhd Akmal Amsyar Bin Muhamad Ali Ahli Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (“KWSP”) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (“SOCSO”) adalah dua entiti penting dalam sistem keselamatan sosial Malaysia. Keduaduanya memainkan peranan utama dalam memastikan pekerja swasta mendapat perlindungan kewangan yang memadai, terutama dalam menghadapi persaraan, ketidakmampuan bekerja akibat penyakit atau kecederaan, dan kematian. Menurut Akta KWSP 1991, setiap majikan di sektor swasta diwajibkan untuk menyumbang kepada KWSP bagi pihak pekerja. Namun, isu yang wajar dibincangkan adalah apabila seseorang pekerja telah menandatangani Surat Tawaran Bekerja yang dinyatakan bahawa KWSP dan SOCSO hanya akan diberikan selepas tamatnya tempoh percubaan. Ini menimbulkan persoalan mengenai kesahihan dan kewajaran amalan ini berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
Akta KWSP 1991 menetapkan bahawa setiap majikan wajib menyumbang sejumlah wang tertentu ke dalam akaun KWSP pekerja tanpa mengira status pekerjaan mereka, termasuk semasa tempoh percubaan. Seksyen 43(1) Akta KWSP 1991 menyatakan bahawa majikan mesti membuat sumbangan bulanan ke dalam KWSP pekerja sebaik sahaja seseorang itu mula bekerja. Selain itu, Akta Kerja 1955 adalah undang-undang utama yang mengawal selia hubungan antara majikan dan pekerja di Malaysia. Namun, tiada satu seksyen pun dalam Akta ini yang secara khusus memperuntukkan mengenai tempoh percubaan. Ini bermakna, secara teknikal, tempoh percubaan tidak mempunyai asas perundangan yang kukuh di bawah Akta Kerja 1955, menjadikan amalan ini tertakluk kepada terma kontrak individu antara majikan dan pekerja.
Menurut Akta Kontrak 1950, kontrak yang sah adalah kontrak yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak tanpa sebarang paksaan, penipuan atau pengaruh tidak wajar. Dalam konteks ini, kontrak pekerjaan yang menyatakan bahawa KWSP dan SOCSO hanya akan diberikan selepas tempoh percubaan mungkin dianggap sah jika dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Namun, ia masih boleh dicabar jika syarat tersebut dilihat bercanggah dengan undangundang yang lebih tinggi seperti Akta KWSP 1991 & Akta Keselamatan Sosial 1969.
Tempoh percubaan sering digunakan oleh majikan untuk menilai prestasi pekerja sebelum mereka disahkan dalam jawatan. Namun, ketiadaan peruntukan khusus dalam Akta Kerja 1955 mengenai tempoh percubaan membuka ruang kepada tafsiran yang pelbagai dan mungkin menimbulkan konflik antara majikan dan pekerja. Tempoh percubaan yang tidak dinyatakan dalam undang-undang memberi peluang kepada majikan untuk mengeksploitasi pekerja dengan menangguhkan pemberian faedah yang sah seperti KWSP dan SOCSO.
Walaupun kontrak pekerjaan yang menyatakan KWSP dan SOCSO hanya diberikan selepas tempoh percubaan mungkin sah dari sudut Akta Kontrak 1950, ia masih boleh dicabar jika bertentangan dengan undang-undang yang lebih tinggi. Dalam kes ini, kontrak tersebut boleh dianggap tidak sah kerana ia menghalang hak pekerja yang dilindungi di bawah Akta KWSP 1991. Kekurangan perlindungan KWSP dan SOCSO semasa tempoh percubaan boleh memberi kesan negatif kepada pekerja dari segi kewangan dan keselamatan sosial bagai malang tiada datang tunggal. Pekerja yang tidak mendapat perlindungan ini mungkin menghadapi kesulitan jika berlaku kemalangan atau penyakit semasa tempoh percubaan.
Majikan yang gagal mematuhi undang-undang berdepan risiko tindakan undangundang dan penalti bagai sudah terhantuk baru terngadah. Majikan yang tidak mencarum boleh didakwa di bawah Seksyen 43(2) Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 dan boleh dihukum dengan penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM10.000.00 atau kedua-duanya sekali. Bagi kes pendakwaan gagal mencarum socso, setiap majikan dan pengarah boleh dihukum penjara tidak melebihi 2 tahun atau denda tidak melebihi RM10.000.00 atau kedua-duanya sekali bagi satu pertuduhan mengikut Seksyen 94 Akta Keselamatan Sosial 1969.
Ketiadaan peruntukan yang jelas mengenai tempoh percubaan dalam Akta Kerja 1955 mencipta loophole yang boleh dieksploitasi oleh majikan. Ini menunjukkan keperluan untuk penambahbaikan undang-undang bagi memastikan semua pekerja mendapat perlindungan yang adil dan saksama. Untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut, Akta Kerja 1955 perlu dikemas kini untuk memasukkan peruntukan yang jelas mengenai tempoh percubaan. Penggubalan seksyen khusus mengenai tempoh percubaan boleh membantu mengelakkan eksploitasi pekerja. Pihak KWSP dan SOCSO juga sewajarnya perlu seperti laut datang memunggah mutiara memberi penerangan dan didikan kepada pekerja-pekerja mengenai hak mereka untuk memastikan mereka sedar akan perlindungan yang patut mereka terima. Majikan juga perlu diberikan panduan mengenai kewajipan undang-undang mereka untuk mengelakkan ketidakpatuhan terhadap Akta KWSP 1991 dan Akta Keselamatan Sosial 1969. Penguatkuasaan yang tegas oleh pihak berkuasa berkaitan perlu dipertingkatkan dan Hukuman yang maksimal wajar dilaksanakan.
Isu pemberian KWSP dan SOCSO semasa tempoh percubaan adalah isu yang perlu diberi perhatian serius. Perlindungan sosial adalah hak setiap pekerja tanpa mengira status percubaan mereka. Penambahbaikan undang-undang dan penguatkuasaan yang lebih tegas adalah penting untuk memastikan setiap pekerja mendapat perlindungan yang sewajarnya dan mengelakkan eksploitasi oleh majikan. Dengan langkah-langkah ini, diharapkan masa depan perundangan pekerjaan di Malaysia akan menjadi lebih adil dan saksama.
Penulis Adalah Pengamal Undang-Undang