Artikel 11
29 Jun 2024
Harta Pusaka: Perancangan Harta Semasa Hidup VS Faraid
Nukilan Oleh : Muhamad Faris bin Ruslan Ahli Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Realiti kini, permasalahan berkaitan tuntutan harta pusaka tidak asing lagi bahkan semakin menular dalam kalangan masyarakat di Malaysia khususnya umat Islam. Statistik menunjukkan bahawa lebih kurang sejumlah RM100 bilion harta beku dan tidak dituntut di negara ini. Malah lebih menyedihkan lagi apabila hampir 90 peratus daripadanya adalah hak milik orang Melayu. Statistik seperti ini bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan. Sebaliknya, perkembangan ini akan memberikan impak yang negatif khususnya kepada nama baik masyarakat Islam Malaysia keseluruhannya.
Selanjutnya, permasalahan akan tercetus jika urusan pembahagian dan pentadbiran harta pusaka ini terus diambil mudah dan dipandang enteng oleh semua pihak. Masalah yang timbul dapat kita lihat seperti dalam kes-kes tuntutan bertindih, harta si mati dibiar tanpa diurus oleh ahli waris si mati, kematian berlapis dan kesulitan dalam proses perbicaraan dalam pembahagian harta pusaka si mati. Bukan itu sahaja, timbul juga masalah apabila terjadinya perebutan harta dan perbalahan di kalangan ahli waris yang bukan terdiri dari ahli waris harta pusaka seperti bekas isteri dan cucu-cicit boleh menyebabkan terputusnya hubungan silaturahim. Hal ini merumitkan lagi keadaan dan proses untuk menguruskan harta pusaka yang telah ditinggalkan oleh si mati.
Fenomena kegagalan penyelesaian harta pusaka ini antaranya berpunca daripada persepsi masyarakat yang sering beranggapan bahawa harta pusaka boleh diagihkan mengikut hukum faraid selepas kematian seseorang tanpa perlu kepada perancangan awal harta. Bahkan masyarakat menganggap jika kita merancang harta seolah-olah kita lari daripada hukum faraid itu sendiri.
Tidak dapat dinafikan bahawa hukum faraid sememangnya sudah digariskan dalam Islam sebagai satu cara pembahagian harta pusaka si mati. Namun, secara praktikalnya, pengurusan harta pusaka si mati tidaklah semudah yang disangkakan. Perkara yang dilalui bagi proses penyelesaian pusaka akan melibatkan beberapa badan berkaitan seperti Mahkamah Tinggi Sivil untuk harta pusaka yang melebihi RM2 juta dan Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil di Pejabat Tanah bagi harta bawah RM2 juta yang melibatkan harta tidak alih. Kebiasaan proses tersebut memakan masa yang lama dan memerlukan komitmen yang tinggi dari ahli waris. Jika tiada kerjasama dan persetujuan oleh ahli waris, pengurusan harta pusaka akan mengalami kesulitan. Ini sekaligus menyebabkan kesan buruk yang berlaku seperti harta beku dan persengketaan dalam kalangan ahli waris.
Jika kita merancang harta pusaka semasa hidup, adakah kita menafikan hukum faraid itu sendiri? Bagi menjawab persoalan tersebut, kita perlu memahami konsep faraid terlebih dahulu. Hal ini telah dijelaskan dalam al-Quran dan al-Sunnah bahawa perkara akhir yang ditunaikan apabila seseorang itu telah meninggal dunia adalah faraid. Beberapa perkara seperti pengurusan jenazah, hutang, wasiat, tuntutan harta sepencarian dan lain-lain perlu diutamakan dahulu sebelum pergi kepada faraid.
Ilmu faraid adalah ilmu pembahagian harta pusaka selepas meninggal dunia. Namun, ilmu faraid juga adalah salah satu kunci yang perlu digunakan bagi merancang harta pusaka ketika hidup.
Bagi merancang harta pusaka ketika hidup, faraid merupakan salah satu alternatif yang boleh digunakan. Perancangan harta pusaka seperti hibah, wasiat, wakaf, takaful dan juga harta sepencarian menggunakan instrumen faraid. Bahkan faraid bukan sahaja sekadar menjadi alternatif dan instrumen, malahan ia menjadi tonggak utama dalam merancang harta pusaka.
Pengurusan harta boleh dibuat dengan pelbagai kaedah. Kini, terdapat agensi swasta atau agen yang berkaitan yang menawarkan solusi untuk pengurusan harta. Pelbagai produk yang ditawarkan untuk mengurus harta mengikut pilihan dan kesesuaian. Antaranya, kita boleh melantik peguamcara untuk menyediakan surat pengisytiharan hibah ataupun wasiat. Dengan adanya perkara tersebut ia lebih memudahkan ahli waris pusaka kerana tidak perlu melalui proses penyelesaian pusaka yang panjang dan tidak perlu untuk bersengketa di antara ahli waris. Wasi yang telah dilantik dalam wasiat akan menjadi pentadbir harta si mati dan akan bertanggungjawab mengurus harta si mati.
Namun begitu, terdapat juga masyarakat yang menafikan hukum faraid itu sendiri apabila membuat perancangan harta pusaka. Tamsilnya, mereka menghibahkan seluruh harta yang dimilki kepada bukan waris seperti menghibahkan harta kepada anak angkat sehingga menafikan hak anak kandung. Sedangkan ahli waris pusaka yang berhak tidak menerima harta pusaka mereka walaupun mereka ahli waris yang berhak dan layak untuk menerima harta pusaka tersebut.
Oleh itu, kita dinasihatkan supaya menggunakan faraid sebagai asas dalam merancang harta pusaka. Ini bagi memastikan tiada ahli waris yang tertindas atau dinafikan hak mereka. Dengan mengurus harta pusaka sebaiknya kita dapat memastikan harta pusaka dapat diagihkan sewajarnya mengikut hukum syarak dan undang-undang yang berkuatkuasa.
Dalam pada itu, Islam sendiri telah mengajar kita untuk menghindarkan diri daripada melakukan kemudaratan. Bahkan, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Jika harta yang berada disisi kita pada hari ini tidak diuruskan dengan betul, kelak mungkin akan mendatangkan mafsadah dan juga fitnah harta sehingga memecah belahkan hubungan ahli waris. Dengan kata lain, waris akan menzalimi sesama mereka dengan memakan harta hak orang lain atau pemegang amanah memakan harta yang ditinggalkan sedangkan dia hanya pemegang amanah sahaja (trustee). Implikasi ini membawa kepada perkara yang tidak berkesudahan yang akhirnya merugikan semua pihak.
Tuntasnya, masyarakat perlu memahami bahawa faraid bukan hanya satu-satunya jalan dalam menyelesaikan harta pusaka, malah ia menjadi panduan dan juga tonggak utama dalam merancang harta pusaka. Justeru itu, persepsi yang dipegang oleh masyarakat bahawa jika kita merancang harta pusaka kita seolah-olah lari dari hukum faraid adalah tidak benar sama sekali.
Semasa kita hidup kita sering sibuk untuk menguruskan perancangan ketika hidup seperti bila hendak berkahwin, jika sudah berkahwin, bila hendak menimang cahaya mata, apabila anak sudah besar rancang ke sekolah mana untuk dihantar, begitulah seterusnya. Tidak salah untuk merancang perkara tersebut, namun kesemua perkara itu masih belum pasti. Satu perkara yang umum mengetahui sudah pasti akan berlaku adalah mati. Oleh itu, perancangan harta wajar dilakukan, apabila ajal sudah menjemput, kita tidak meninggalkan beban dan fitnah harta kepada ahli waris.
“Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati”
(Surah Ali Imran 3: Ayat 185)
Penulis Adalah Pengamal Undang-Undang