Artikel 10
29 Jun 2024
Pencerobohan Tanah Di Atas Tanah Kerajaan
Nukilan Oleh : Mohamad Nor Fazli Adnan Ahli Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Jendela daripada Dewan Bahasa dan Pustaka menarik pena saya memulakan rencana ini, di mana peribahasa berbunyi “Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang dituruti” peribahasa ini bermakna, kita hendaklah mematuhi undang-undang negeri yang kita diami. Isu yang hangat di Malaysia sejak dahulu lagi adalah berkaitan dengan pencerobohan tanah dan artikel kali ini akan memfokuskan pencerobohan tanah di atas tanah kerajaan sama ada tanah persekutuan ataupun tanah negeri.
Pada bulan Mac 2024 yang lalu, kita dikejutkan dengan penutupan keseluruhan lot letak kereta di atas Tanah Aina Fareena yang terletak di Negeri Pahang, atas dakwaan bahawa laluan parkir tersebut dibina di dalam Tanah Kerajaan Negeri. Masalah pencerobohan tanah yang berlaku di Malaysia merupakan isu negara dan ianya perlu dipandang serius serta ditangani dengan segera oleh semua pihak.
Merujuk kepada perundangan negara terutama melibatkan undang-undang tanah di Malaysia, di mana ianya sangat menyeluruh yang merangkumi semua aspek transaksi tanah di Malaysia terkandung diperuntukkan di dalam Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 828). Sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengetahui bahawa undang-undang tanah di Malaysia adalah berasaskan kepada pentadbiran tanah yang dipanggil sebagai “Sistem Torrens” di mana sistem ini adalah seperti berikut :
Secara umumnya, segala maklumat yang didaftarkan dan wujud di dalam suatu hakmilik adalah fakta material berhubung hakmilik seseorang di atas tanah tersebut dan tidak boleh disangkal kerana jelas di dalam hakmilik tersebut direkodkan nama pemilik, butir-butir mengenai tanah, luas kawasan dan lokasi, pelan ukur dan had sempadan tanah tersebut. Namun sistem ini tidaklah secara mutlak penggunaannya kerana terdapat penggunaan prinsip undang-undang lain yang sesuai melalui peruntukkan undang-undang Islam, adat Melayu dan ekuiti turut diiktiraf di Malaysia.
Sekiranya kita dapat memahami dan mempraktikkan dengan jelas sistem Torrens ini, pasti isu pencerobohan ini tidak akan berlaku, namun kenapakah ianya masih berlaku, itulah persoalan yang sentiasa bermain di dalam fikiran kita. Sedangkan kita telahpun mencapai kemerdekaan lebih 60 tahun, jika dilihat kepada angka tersebut ianya cukup matang bagi kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka memahami dan mengatasi isu ini dengan lebih baik.
Merujuk kepada kes-kes yang difailkan di mahkamah, kebanyakan kes pencerobohan adalah bagi tujuan aktiviti pertanian, kecurian pasir, pembinaan struktur rumah kediaman dan perniagaan serta pembuangan sampah secara haram. Kelemahan yang dikenal pasti antaranya ketidakcekapan pentadbiran oleh kerajaan di dalam penguatkuasaan undang-undang sedia ada, ia dapat dilihat daripada tindakan oleh kerajaan berhubung dengan pencerobohan tersebut sehingga mengambil masa bertahun-tahun untuk melaksanakan pemilikan dan menguatkuasakan undang-undang sehingga penceroboh tersebut merasakan tanah tersebut adalah milik mereka.
Bagi mengatasi lambakan kes pencerobohan ini yang semakin membimbangkan, tindakan lebih tegas oleh kerajaan di dalam menangani masalah pencerobohan ini perlu dilaksanakan ke atas semua pencerobohan yang terlibat tanpa wujudnya unsur pilih kasih. Selain itu, pemeriksaan berkala serta kekerapan pemantauan lot-lot tanah terlibat perlu dilaksanakan secara teratur bagi mewujudkan sistem yang lebih baik dan secara tidak langsung mengurangkan pencerobohan yang berlaku. Kerajaan juga dicadangkan untuk meminda peruntukan undang-undang dengan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada penceroboh supaya dapat dijadikan pengajaran kepada penceroboh dan menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa kerajaan memandang serius isu pencerobohan tanah di negara ini.
Seterusnya, sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai integriti yang tinggi, kita perlulah mengetahui sama ada tanah tersebut merupakan hak kita atau tidak, jangan sesekali mengambil keuntungan bukan daripada milik kita. Sekiranya tanah tersebut merupakan keperluan untuk kita, maka laksanakan transaksi atas tanah tersebut dengan teratur dan mematuhi undang-undang tersebut, contohnya membuat permohonan pemilikan tanah tersebut ataupun membuat permohonan mendapatkan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) daripada pihak kerajaan sehingga diluluskan oleh pihak yang berwajib.
Di dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 188, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“ Dan janganlah engkau makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah”.
Kita juga perlu mengambil perhatian bahawa, peruntukkan undang-undang jelas memperuntukkan bahawa mana-mana pihak yang terkesan daripada pencerobohan tersebut mempunyai hak untuk menghalang dan mengambil semula tanah tersebut walaupun melalui proses pengusiran atau pengosongan tanah tersebut serta berhak menuntut ganti rugi daripada pencerobohan tersebut dengan sewajarnya secara adil. Peruntukkan tersebut jelas diperuntukkan di bawah Seksyen 425, Akta 828.
Inilah yang disebut oleh peribahasa “Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang dituruti” yang sebenarnya adalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya mematuhi undang-undang sesebuah negara ataupun negeri, ianya secara langsung akan menjamin kedaulatan sesebuah negara dan membentuk sistem pentadbiran sebuah negara itu dengan lebih kemas dan teratur. Selain daripada itu, ia juga dapat memastikan rakyat lebih berdisiplin serta mematuhi undang-undang dan mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni dan hidup dalam bersatu padu.
Penulis Adalah Pengamal Undang-Undang

- Setiap orang yang memiliki tanah akan mempunyai suatu dokumen hakmilik yang jelas, di mana hakmilik tersebut mengandungi maklumat mengenai segala syarat dan kepentingan di atas tanah tersebut.