Galeri Artikel PPMM
Artikel 8
25 Januari 2024
Penyelarasan undang-undang penukaran agama sepihak anak-anak tidak bersifat automatik
Nukilan Oleh : Muhamad Hisham bin Marzuki Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Mahkamah Rayuan di dalam kes Loh Siew Hong v Majlis Agama Islam Perlis (Maips) baru-baru ini telah memutuskan bahawa undang-undang penukaran agama anak di dalam enakmen syariah negeri Perlis adalah tidak sah dan terbatal.
Lanjutan daripada keputusan tersebut juga dimaklumkan bahawa terdapat rayuan yang akan diteruskan oleh pihak Maips ke mahkamah persekutuan untuk diputuskan berkenaan undang-undang tersebut.
Daripada segi teknikal dan proses undang-undang, sekiranya rayuan tersebut masih diteruskan di peringkat tertinggi, maka keputusan itu masih belum dapat diambil sebagai muktamad (settled law)
Dalam hal yang demikian, ianya juga tidak dapat menjadikan secara automatik suatu undang-undang penukaran agama sepihak yang sama dan hampir sama dengan enakmen negeri-negeri lain sebagai sebagai tidak sah/bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.
Tambahan pula, mengambilkira terdapat suatu cabaran undang-undang ke atas beberapa negeri lain yang masih menggunakan penukaran agama islam secara sepihak oleh indira Gandhi pada tahun 2023, maka apabila wujud sebarang komen-komen daripada tindakan ini boleh dianggap sebagai suatu percampuran urusan mahkamah serta boleh terjerumus kepada penghinaan mahkamah.
Malah, semua pihak juga perlu faham dengan keadaan ada yang telah memfailkan dan sedang menunggu keputusan mahkamah di dalam hal ini tidak wajar untuk mempengaruhi mahkamah di dalam membuat komen-komen bersifat menghukum seperti ini secara terang-terangan.
Justeru, terdapat gesaan undang-undang ini untuk dipinda adalah suatu yang tidak wajar mengikut proses sedia ada kerana bersifat pra matang untuk dilakukan. Malah, dengan wujud jawatankuasa mengkaji antara undang-undang sivil dan syariah, ianya pasti antara perkara utama yang ingin dibuat kajian dan syor untuk memastikan undang-undang ini dapat diharmonikan tanpa mengenepikan kedudukan islam dan undang-undang syariah di Malaysia.

Artikel 7
11 Januari 2024
Kebenaran kedua-dua ibu bapa tukar agama anak adalah realiti sukar
Nukilan Oleh : Muhamad Hisham bin Marzuki Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan Sivil di Putrajaya pada 10 Januari 2024, panel secara sebulat suara seramai (3) tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan Sivil telah membenarkan rayuan oleh pihak perayu iaitu ibu kepada (3) tiga kanak-kanak bawah umur yang telah diislamkan oleh bapa mereka di hadapan pendaftar muallaf di Perlis sebelum ini adalah tidak sah dan dibatalkan pengislaman tersebut.
Kes berkenaan pengislaman anak-anak bagi pasangan baru memeluk Islam kepada agama Islam adalah suatu isu yang sering berlaku dan menjadikan pasangan saudara baru Islam yang ingin bersama dengan anak-anak berada di dalam keadaan serba salah dan sukar. Kes rayuan MAIPs ini adalah menunjukkan satu lagi peruntukan di dalam Undang-Undang Islam Negeri iaitu Seksyen 107(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 (Perlis) telah dibatalkan dan diisytiharkan sebagai tidak Perlembagaan oleh Mahkamah Rayuan.
Perlu difahami bahawa sebelum ini pendaftaran anak-anak bawah umur bagi saudara baru Islam yang didaftarkan di hadapan pendaftar muallaf yang dibuat secara sebelah pihak telah diisytiharkan sebagai tidak sah dan tidak berpelembagaan seperti yang telah diputuskan di dalam kes Indira Gandhi Mutho v Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & Ors pada tahun 2018 oleh Mahkamah Persekutuan.
Mengikut keputusan panel rayuan di dalam kes MAIPs tersebut, panel rayuan telah mendapati bahawa dapatan hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini adalah telah salah daripada segi Undang-Undang di dalam mengaplikasikan dapatan berkenaan pengislaman sebelah pihak (“unilateral conversion”) bagi pasangan baru memeluk islam. Malah, Mahkamah Rayuan juga menyatakan bahawa dapatan kes Indira Gandhi tersebut adalah suatu undang-undang yang mengikat untuk dijadikan sandaran di dalam menyelesaikan kemelut pasangan baru memeluk Islam yang mengislamkan anak-anak di bawah umur.
Realitinya, kebenaran kedua-dua ibu bapa untuk menukar agama Islam adalah amat sukar memandangkan kebiasaannya perkahwinan pasangan akan dibubarkan serta dalam banyak keadaan penukaran agama salah satu pasangan adalah tidak dipersetujui oleh pasangan bukan Islam. Ini menjadikan penukaran kepada agama Islam adalah tidak sah jika dilakukan tanpa kebenaran pasangan bukan Islam. Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan telah menyelesaikan isu penukaran agama sebelah pihak di dalam kes Subashini Rajasingam V Saravanan Thangathoray & Other Appeals pada 2008 yang telah memutuskan kebenaran seorang ibu atau bapa adalah memadai.
Mengambil kira suasana semasa, majoriti kes penukaran agama sebelah pihak yang dicabar di Mahkamah adalah kepada agama Islam, ini akan memberi kesan kepada anak-anak bagi pasangan tersebut khususnya pasangan beragama Islam yang tidak dapat bersama diislamkan dan menjadikan pasangan baru tersebut berasa terasing dengan mendapatkan akses dan hubungan selaku ibu atau bapa.
Perkara ini perlu dilihat semula oleh pelbagai pihak yang berkepentingan untuk mengurangkan jurang perbezaan yang timbul kerana akan memberikan kesan kepada institusi keluarga dan pembentukan masyarakat di dalam negara ini. Malah, kepentingan agama Islam seperi termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan perlu diterapkan dalam apa jua keadaan mengambil kira asas utama di dalam Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.

Artikel 6
30 November 2023
Dakwaan rasuah: Aduan bertulis atau lisan, SPRM siasat Ahli Parlimen menukar sokongan
Nukilan Oleh : Muhammad Hariz bin Md Yusoff Timbalan Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia
Kebelakangan ini telah dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8, YB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin mendakwa antara lain, terdapat unsur rasuah berkenaan beberapa ahli Parlimen parti Bersatu yang berubah angin menyokong pentadbiran kerajaan di bawah teraju YAB Dato Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Pada 14 November 2023, parti Bersatu telah membuat laporan polis susulan daripada dakwaan mantan Perdana Menteri Malaysia ke-8 tersebut di mana pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 16 November 2023 melalui Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan awam bahawa SPRM akan menjalankan siasatan telus berhubung dakwaan mantan Perdana Menteri Malaysia ke-8 tersebut.
Merujuk peruntukan Seksyen 29 Akta SPRM (Akta 694), pihak SPRM mempunyai punca kuasa untuk menyiasat sebarang aduan dan maklumat berkenaan mana-mana pelakuan suatu kesalahan yang wujud di bawah Akta SPRM. Aduan atau maklumat yang dimaksudkan tersebut boleh disampaikan secara bertulis atau lisan kepada pihak SPRM dan selanjutnya pegawai SPRM boleh menjalankan siasatan terhadap aduan dan maklumat tersebut menurut peruntukan Akta SPRM dan Kanun Tatacara Jenayah berkenaan prosedur dan tatacara pengendalian siasatan.
Dalam konteks ini, dapat kita lihat bahawa bentuk aduan dan maklumat berkenaan mana-mana kesalahan di bawah Akta SPRM boleh dibuat sama ada dalam bentuk bertulis atau lisan kepada pihak penguatkuasa sama ada pihak polis atau pihak SPRM secara langsung. Sekiranya laporan polis telah dibuat maka pihak polis akan merujuk laporan polis tersebut kepada pihak SPRM sekiranya terdapat atau wujud elemen-elemen kesalahan yang menjurus kepada peruntukan kesalahan di bawah Akta SPRM sebagaimana dalam isu yang viral ini.
Selanjutnya apabila pegawai penyiasat SPRM membuat siasatan bagi aduan dan maklumat tersebut, peruntukan Seksyen 30 Akta SPRM memberi punca kuasa kepada pegawai penyiasat SPRM untuk mengarahkan mana-mana individu untuk hadir dengan membawa sebarang dokumen yang diperlukan atau sebaliknya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan yang dijalankan terhadap aduan dan maklumat yang dibuat tersebut.
Bagi maksud siasatan dijalankan oleh pegawai SPRM tersebut jua mempunyai punca kuasa untuk memeriksa dan menggeledah termasuk menyita apa-apa barang yang dijumpai tanpa memerlukan waran kecuali bagi tujuan pemeriksaan badan individu oleh pegawai SPRM hendaklah dilakukan oleh orang yang sama jantinanya sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 31 Akta SPRM.
Kemudiannya pada 28 November 2023, SPRM telah membuat kenyataan media bahawa tiada unsur rasuah setakat ini terhadap 4 Ahli Perlimen Bersatu menyokong YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10 menunjukkan bahawa pada ketika ini tiada sebarang elemen kesalahan yang dipenuhi dalam mana-mana peruntukan kesalahan di bawah Akta SPRM untuk mewajarkan pihak SPRM meneruskan pengesyoran pendakwaan kepada pihak Pendakwa Raya sebagaimana peruntukan Seksyen 58 Akta SPRM. Walau bagaimanapun, sekiranya pada masa hadapan terdapat keterangan yang memenuhi elemen-elemen kesalahan mana-mana peruntukan kesalahan di bawah Akta SPRM maka pihak SPRM boleh meneruskan siasatan sedia ada bagi melengkapkan kertas siasatan tersebut. Adalah perlu diketahui bahawa bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta SPRM hendaklah terlebih dahulu mendapat keizinan daripada Pendakwa Raya bagi pendakwaan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan di dalam Akta SPRM dilaksanakan di Mahkamah.
Akhirul kalam, undang-undang pencegahan rasuah di negara kita telah mencakupi pelbagai aspek kesalahan rasuah dan kesalahan berhubung rasuah sebagaimana terkandung di dalam Akta SPRM. Matlamat penubuhan SPRM sebagai sebuah badan pencegahan rasuah yang bebas dan bertanggungjawab selari dengan peruntukan Seksyen 2 Akta SPRM adalah wajar dilaksanakan dengan telus dan berintegriti terhadap pentadbiran awam dan swasta termasuk mana-mana individu tidak kira latar belakang dan status jawatannya dalam mendaulatkan undang-undang negara. Segala aduan dan maklumat yang disalurkan kepada pihak SPRM hendaklah dipandang serius dalam meletakkan kepercayaan rakyat kepada badan penguatkuasa bebas di negara.

Artikel 5
09 November 2023
Masih Utuhkah Solidariti Rakyat Malaysia Buat Rakyat Palestin
Nukilan Oleh : Muhamad Hisham bin Marzuki Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Sejak operasi ketenteraan melalui operasi Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober 2023, dapat dilihat seluruh dunia berbelah bagi di dalam memberikan sokongan kepada rakyat Palestin di dalam mempertahankan diri daripada terus dijajah oleh rejim Zionis. Malah, pelbagai siri tunjuk perasaan dan perhimpunan menyokong perjuangan rakyat Palestin telah diadakan di bandar-bandar utama dunia.
Di peringkat antarabangsa, beberapa negara khusus di bahagian Selatan Amerika telah memutuskan hubungan diplomatik dan memanggil duta-duta pulang ke negara masing-masing. Negara-negara islam juga dilihat tidak bertegas di dalam perkara ini. Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) tidak memberi tindakan yang tegas di dalam mengetuai negara-negara Islam berkaitan kekejaman zionis Israel yang merupakan isu utama sejagat.
Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (‘UNSC’) seperti biasa dilihat gagal di dalam menghentikan pembunuhan rakyat Palestin yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak yang merupakan jumlah korban tertinggi di dalam konflik ini yang telah berlarutan lebih 70 tahun. Pelbagai resolusi yang telah dibincang, diundi dan diputuskan hanyalah bersifat retorik semata-mata yang tidak berjaya membawa perubahan di dalam konflik ini. Ini jelas menunjukkan kuasa veto di dalam UNSC dan sekutu-sekutu Israel berjaya melobi untuk kepentingan Zionis Israel di dalam meneruskan serangan pengeboman yang boleh dianggap sebagai jenayah perang dan kemanusiaan.
Di dalam landskap solidariti Malaysia, dapat dilihat secara jelas pendirian Malaysia sejak dahulu untuk tidak mengiktiraf negara haram Israel. Namun, adalah penting bahawa konsep penyelesaian dua negara tidak wajar disokong oleh Malaysia yang mana ianya adalah suatu konsep yang gagal. Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan pejuang hak asasi manusia telah menyuarakan bantahan terhadap konflik yang berlarutan ini, namun di dalam keghairahan tersebut dapat dilihat rakyat masih berbelah bagi di dalam memberikan sokongan padu dan penuh kepada perjuangan rakyat Palestin. Malah, perhimpunan dan sokongan tersebut juga dilihat ada menimbulkan perpecahan dikalangan peserta yang tidak jelas dengan perjuangan rakyat Palestin.
Daripada segi penggunaan media sosial, terdapat maklumat dan aduan daripada rakyat Malaysia bahawa perkongsian berkenaan perjuangan rakyat Palestin telah disekat di ruangan media sosial dengan tujuan maklumat tersebut tidak sampai kepada masyarakat. Ini juga dilihat sebagai suatu penguasaan oleh pihak-pihak tertentu di dalam memastikan maklumat berkenaan isu Palestin ini tidak sampai kepada rakyat Malaysia. Malah, kita juga dapat melihat segelintir media tempatan yang terus melabel pejuang Hamas sebagai ‘Militan/Pengganas’ seperti yang digunakan oleh media barat.
Selain itu, terdapat laporan bahawa rakyat Malaysia juga tidak jelas dengan perjuangan asas rakyat Palestin yang telah ditindas sejak lebih 70 tahun dan buta berkenaan sejarah pembunuhan dan pengusiran terbesar dalam sejarah dunia. Laporan-laporan yang bercanggah dengan pendirian Malaysia jelas akan memberikan kekeliruan kepada rakyat Malaysia di dalam memahami naratif perjuangan rakyat Palestin.
Kesimpulannya, rakyat Malaysia tidak wajar berkompromi di dalam memberi sebarang sokongan kepada zionis Israel sama ada melalui ekonomi, moral dan tindakan. Ahli-ahli Parlimen juga perlu mempunyai sokongan yang penuh kepada pendirian Malaysia yang telah dizahirkan secara jelas oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan tidak menyokong sebarang agenda oleh Zionis Israel di dalam terus melakukan jenayah kemanusiaan terhadap penduduk Palestin.

Artikel 4
24 Oktober 2023
Perang Palestin dan Negara Haram Israel: Kegagalan Undang-Undang Antarabangsa Dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Nukilan Oleh : Muhamad Hisham bin Marzuki Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Konflik peperangan Palestin dan Negara Israel telah bermula sejak daripada pengisytiharan negara haram Israel serta penyelesaian melalui pembahagian 2 negara bagi Israel dan Palestin di tanah asal Palestin pada 1947. Lanjutan daripada itu, pelbagai siri penentangan daripada rakyat Palestin dan negara-negara arab telah tercetus akibat daripada tindakan agresif rejim zionis terhadap bangsa Palestin.
Mengikut resolusi 2334 pada 23 Disember 2016, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan usul berkenaan penempatan haram warga Israel di tanah-tanah milik rakyat Palestin adalah tidak sah mengikut undang-undang antarabangsa. Namun sehingga kini, resolusi tersebut telah gagal untuk memberi tekanan antarabangsa kepada negara haram Israel untuk terus menghentikan kezaliman dan pembunuhan rakyat Palestin. Terkini, siri pengeboman terhadap penduduk di Semenanjung Gaza ketika kali terakhir peperangan berlaku pada tahun 2021 telah mencatatkan kematian dan kerosakan yang tinggi kepada Semenanjung Gaza.
Mengikut undang-undang antarabangsa, tindakan penentangan rakyat Palestin ini adalah sebagai self determination di dalam mempertahankan diri, keluarga dan negara daripada dijajah oleh rejim Zionis. Malah, tindakan para pendatang yahudi secara terang-terangan mengusir dan merampas tanah rakyat Palestin terus dibenarkan oleh rejim Zionis termasuk undang-undang Israel yang menghalalkan tindakan tersebut yang terus menafikan hak rakyat Palestin.
Sehingga kini, ribuan nyawa rakyat Palestin telah gugur syahid di dalam siri pengeboman terkini di Semenanjung Gaza. Malah, Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) tidak bertindak tegas dan terus berlembut dengan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis. Undang-undang antarabangsa juga tidak dipatuhi dan orang awam terus menjadi sasaran pengeboman rejim Zionis yang jelas mengorbankan kanak-kanak dan wanita. Rejim Zionis juga secara terang-terangan tidak mengendahkan undang-undang antarabangsa serta terus melakukan jenayah perang yang jelas di mata dunia termasuk pengeboman tempat kediaman awam, pasukan perubatan dan para wartawan. Negara-negara islam yang terdiri daripada Pertubuhan Negara Islam (OIC) dilihat tidak memainkan peranan utama di dalam melawan kezaliman zionis.
Ditambah dengan sentimen Yahudi yang menebal dikalangan negara-negara Eropah telah menjadikan isu Palestin ini kononnya sebagai pelabelan tindakan militan oleh rakyat Palestin yang bermatian mempertahan tanah air mereka. Selain itu, peranan yang kononnya dimainkan oleh PBB adalah gagal sebagai tujuan penubuhan iaitu untuk memastikan keamanan di seluruh dunia serta hanya dilihat seperti berat sebelah di dalam konflik ini. Konsep penggunaan kuasa veto negara-negara besar di dalam setiap setiap undian turut mendatangkan masalah di dalam Majlis Keselamatan PBB bertindak apabila sekutu utama Israel iaitu Amerika Syarikat dan Britain.
Kesimpulannya, tindakan Israel di dalam meneruskan pembunuhan ke atas orang awam adalah tidak akan menunjukkan sebarang tanda untuk berhenti selagi kuasa besar dunia terus menutup mata serta tidak bertegas untuk menarik sokongan di dalam tindakan kejam Israel. Malaysia perlu tegas dan memainkan peranan di dalam terus mengecam dan melakukan tindakan yang padu di dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin melalui pelbagai sumber dan cara yang ada.

Artikel 3
29 September 2023
Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 (Akta 301) di dalam Mengimbangi Kebebasan Bersuara Di Malaysia
Nukilan Oleh : Muhamad Hisham bin Marzuki Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Ketika di dalam menulis artikel ini, alasan penghakiman di dalam kes MENTERI DALAM NEGERI & ANOR v CHONG TON SIN & ORS masih belum diterbitkan oleh mahkamah rayuan kepada umum. Pada 25.9.2023 yang lepas, Mahkamah Rayuan Sivil di Putrajaya telah membenarkan rayuan oleh pihak perayu mengikut Penghakiman majoriti 2-1 dengan menukar keputusan Mahkamah Tinggi Malaya sebelum ini yang telah membenarkan permohonan semakan kehakiman responden-responden.
Ketika di Mahkamah Tinggi, Hakim telah membenarkan semakan kehakiman oleh responden-responden untuk perintah antara lain bahawa buku bertajuk "Gay is OK!: A Christian Perspective" tidak wajar disekat. Mahkamah Tinggi juga mengambil pendekatan bahawa tiada bukti yang telah dikemukakan bahawa dengan penerbitan buku tersebut telah mendatangkan ancamana bahaya dan menyebabkan keharmonian awam telah tergugat. Malah, beberapa peruntukan di dalam Perkara 5 hingga Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan telah menjadi asas pertimbangan bersama dengan prinisp Hak Asasi Manusia di dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia (UDHR).
Persoalan utama di dalam artikel ini bukanlah untuk menganalisis dapatan Mahkamah Rayuan namun adalah untuk melihat kewujudan akta ini di dalam mengimbangan Hak Asasi seperti termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa setiap warganegara mempunyai kebebasan bersuara. Namun ia tidak memberi kebebasan kepada warganegara untuk mempersoalkan hak istimewa bumiputera, isu warganegara, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan perkara berkenaan Kedaulatan Raja-Raja. Ini juga adalah kerana wujud Akta Hasutan 1948 yang telah menghadkan Hak bersuara tersebut demi memastikan keamanan dan keharmonian. Malah, kebebasan bersuara ini telah dijamin mengikut perlembagaan serta diputuskan melalui keputusan-keputusan Mahkamah sebelum ini.
Mengikut Akta 301, Kementerian Dalam Negeri telah merampas buku tersebut mengikut Seksyen 7(1) Akta 301 berdasarkan alasan kandungannya adalah memudaratkan ketenteraman, moral dan kepentingan awam. KDN juga telah mewartakan perintah pengharaman buku tersebut yang telah berkuatkuasa pada 27.11.2020. Berdasarkan kepada keputusan kes ini, Mahkamah Rayuan juga telah menyatakan secara majoriti bahawa kuasa KDN di dalam merampas buku tersebut adalah munasabah dan tidak boleh dicabar di Mahkamah berkenaan peruntukan tersebut. Malah, perkara utama yang diambil kira ialah tajuk buku tersebut akan memprejudis ketenteraman, moral dan kepentingan awam.
Berdasarkan keputusan Mahkamah tersebut, tindakan yang diambil oleh KDN di dalam pengharaman buku tersebut adalah suatu yang sah mengikut Undang-Undang di dalam menyekat doktrin budaya liberal dan songsang daripada bercambah di dalam norma masyarakat budaya ini. Mahkamah juga mengambil kira kepentingan Masyarakat secara luas walaupun dikatakan kononnya kandungan buku tersebut adalah daripada perspektif agama Kristian.

Artikel 2
21 September 2023
APLIKASI PENGASINGAN KUASA BAGI PEGUAM NEGARA DAN PENDAKWA RAYA
Nukilan Oleh : Muhamad Hisham bin Marzuki Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Kerajaan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi) ketika sesi Parlimen di dalam menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) telah memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa Kerajaan komited di dalam meneruskan reformasi undang-undang dengan pengasingan kuasa Pendakwa Raya dengan Peguam Negara.
Di dalam perkara ini, Kerajaan telah mewujudkan dua Jawatankuasa iaitu Petugas Khas Kajian Komparatif dan Kajian Petugas Khas Teknikal di dalam membuat kajian empirikal komprehensif dalam masa tempoh setahun untuk mengkaji cadangan pengasingan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara. Malah, kajian juga akan melibatkan beberapa peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan pindaan khusus bagi memastikan lantikan Peguam Negara bebas dan bukan dikawal oleh pelantikan Perdana Menteri seperti sedia ada.
Mengikut amalan sedia ada di dalam Perlembagaan Persekutuan, kuasa Peguam Negara adalah di bawah Perkara 145 mengikut budi bicara untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding. Daripada segi amalannya, pengasingan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara dapat membantu Peguam Negara di dalam menumpukan usaha menasihati kerajaan berkenaan isu undang-undang. Manakala bagi Pendakwa Raya juga dapat menumpukan proses pendakwaan jenayah mana-mana pihak termasuk Menteri yang telah melakukan apa-apa kesalahan mengikut undang-undang.
Dengan keadaan sekarang, apabila berlakunya perubahan kepada Pihak kerajaan memerintah terdapat laporan dan pendakwaaan bagi kes-kes berprofil tinggi juga dikatakan telah berubah. Malah, sesetengah pihak melihat bahawa ia boleh dijadikan alat untuk berlindung di sebalik Peguam Negara yang melakukan Pendakwaan di Mahkamah.
Untuk rekod setakat ini, apabila keputusan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pendakwaan atau Rayuan di Mahkamah serta telah diputuskan bebas oleh Mahkamah, Mahkamah sering kali akan menjadi kesan persepsi yang akan menjejaskan sistem Kehakiman dan perundangan di Malaysia. Tanggapan ini perlu diubah serta mengembalikan kepercayaan rakyat kepada sistem Kehakiman yang bebas daripada campur tangan mana-mana pihak.
Berdasarkan keadaan terkini, terdapat beberapa Negara Komenwel yang telah cuba mengamalkan pengasingan konsep Peguam Negara dan Pendakwa Raya walaupun tidak sepenuhnya iaitu Australia, Hong Kong, India, Kenya dan Britain. Kajian-kajian yang dijalankan juga perlu meneliti berkenaan kebebasan pelantikan pihak-pihak di dalam badan Pendakwa Raya supaya tidak timbul dakwaan yang dipolitikkan setiap kali berlaku pertukaran Kerajaan. Diharapkan tindakan segera di dalam pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya dapat diambil dan dilakukan bagi memastikan undang-undang di Malaysia dapat dilaksanakan mengikut prinsip keadilan.

Artikel 1
12 September 2023
Kedudukan Peguam Negara Malaysia Mengikut Perlembagaan Malaysia
Nukilan Oleh : Muhamad Hisham bin Marzuki Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, perincian berkenaan Peguam Negara ada dinyatakan secara spesifik di dalam Perkara 145 secara khusus. Suatu perlantikan Peguam Negara ini adalah dinyatakan secara jelas di dalam Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) mengikut nasihat daripada Perdana Menteri. Daripada peruntukan ini jelas adalah Peguam Negara yang dilantik adalah berdasarkan kepada sesuatu nasihat yang diberikan daripada Perdana Menteri dalam menasihati YDPA.
Kuasa Peguam Negara yang dilantik adalah signifikan dalam menasihat YDPA, Perdana Menteri dan Kabinet berkenaan perkara dan tugas mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang di Malaysia. Malah, tugas dan kuasa Peguam Negara juga melangkaui dalam perkara jenayah dan jelas adalah mempunyai kuasa untuk menjalankan mengikut budi bicara dengan memulakan, mengendalikan atau menghentikan apa-apa prosiding selain di mahkamah syariah, mahkamah penghulu dan mahkamah tentera. Kuasa budi bicara ini telah dijelaskan secara spesfik di dalam Seksyen 376(1) Kanun Tatacara Jenayah turut memperuntukkan bahawa: "The Attorney General shall be the Public Prosecutor and shall have the control and direction of all criminal prosecutions and proceedings under this Code."
Di dalam menafsir kuasa budi bicara yang diperuntukkan kepada Peguam Negara, pelbagai keputusan mahkamah telah menafsir kuasa budi bicara Peguam Negara dalam tindakan jenayah. Keputusan mahkamah dalam kes Mahkamah Agung Long bin Samat & Ors v. PP [1974] 1 LNS 80; [1974] 2 MLJ 152 telah memberikan panduan bahawa budi bicara ini adalah amat luas untuk dijalankan mengikut tafsiran Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutaun. Malah, penegasan ini juga dibuat di dalam kes Teh Cheng Poh v. PP [1979] 1 LNS 82; [1979] 1 MLJ 50 dan kes Karpal Singh & Anor v. PP [1991] 1 CLJ 183 dalam kuasa budi bicara yang telah diperuntukkan di dalam Perkara 145(3) yang telah menyatakan seperti berikut;
“The discretion vested int he Attorney General is unfettered an cannot be challenged and substituted by that of the Court's the reasoning and logic behind such contention is well illustrated in the cases of PP v. Lee Tin Bau, supra, Long bin Hamat v. PP [1974] 1 LNS 80; [1974] 2 MLJ 152, PP v. Datuk Harun Haji Idris & Ors [1976] 1 LNS 180; [1976] 2 MLJ 116, Poh Ching Cho v. PP [1981] CLJ (Rep) 229."
Justeru, adalah dapat difahami bahawa kuasa budi bicara ini hendaklah digunakan sebaiknya oleh Peguam Negara dalam memastikan cabang Kehakiman seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dapat menjalankan fungsi dengan bebas dan tanpa pengaruh.
Berdasarkan peruntukan-peruntukan tersebut, pelbagai salah faham dan tuduhan dilemparkan kepada institusi mahkamah hendaklah perlu dihentikan. Malah, mahkamah juga adalah suatu institusi yang bebas dan tidak mempengaruhi apa-apa tindakan yang telah diputuskan oleh Peguam Negara dalam memulakan, meneruskan dan memberhentikan apa-apa pertuduhan jenayah di mahkamah.
Namun, dalam menjalankan kuasa budi bicara Peguam Negara, persoalan yang perlu dijawab adalah sejauh manakah kuasa budi bicara tersebut telah dijalankan mengikut setiap fakta dan keadaan agar matlamat keadilan dan kedaulatan undang-undang adalah tercapai.