Galeri Artikel PPMM
Artikel 14
2 Julai 2024
Perceraian Secara Harmoni Melalui Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984
Nukilan Oleh : Sharina Shereen Hasmuri Ahli Timbalan Setiausaha Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Statistik perceraian yang direkodkan menunjukkan trend peningkatan yang terus melonjak hari demi hari. Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, dapatan kajian yang dilakukan pihaknya setakat ini, sebanyak 56.2 peratus lelaki menyatakan mereka bercerai kerana tiada persefahaman dengan pasangannya, diikuti pasangan curang (11.8 peratus) dan campur tangan mentua atau ipar-duai (10 peratus).
Masyarakat pada hari ini masih mempunyai tanggapan buruk dan agak skeptikal terhadap perceraian. Memandangkan ia juga berdasarkan Hadis Rasulullah SAW; “Perkara halal yang paling dibenci di sisi Allah ialah talak.” (Riwayat Abu Daud).
Namun, perlu diingat bahawa perceraian juga adalah syariat yang perlu difahami dan ditekuni bersama, ianya diperbolehkan mengikut panduan dan peraturan yang telah ditetapkan di bawah Undang-undang Keluarga Islam setiap negeri. Penulis berhasrat untuk memfokuskan artikel ini terhadap peruntukan mengenai perceraian dan prosedur yang telah ditetapkan di bawah Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).
Jika diteliti dengan lebih mendalam peruntukan di bawah Seksyen 47 Akta 303 tersebut, ia merupakan suatu prosedur perceraian yang lengkap dan penuh dengan hikmah. Bermula dengan perceraian yang dituntut atas persetujuan bersama, sehinggalah jika perceraian tersebut dituntut tanpa mendapat persetujuan pasangan. Bagi perceraian yang dituntut tanpa persetujuan pasangan, maka mereka perlu melalui kesemua prosedur di bawah Seksyen 47 Akta 303. Berbeza dengan perceraian yang dituntut atas persetujuan bersama, mereka hanya perlu hadir secara bersama ke Mahkamah dan menyatakan persetujuan di hadapan Hakim untuk bercerai secara baik tanpa melalui proses yang panjang.
Walaupun begitu, masih ada segelintir masyarakat kita pada hari ini yang mengatakan bahawa prosedur perceraian yang telah ditetapkan oleh undang-undang Islam ini menyusahkan kerana memakan masa yang lama. Tidak dinafikan proses di bawah Seksyen 47 Akta 303 tersebut memakan masa yang agak lama, namun dari segi praktikalnya, ia sebenarnya bertujuan untuk membantu dan memberi ruang kepada pasangan tersebut mencari titik perdamaian terlebih dahulu. Jika perdamaian tersebut gagal dicapai, maka ada proses lain yang perlu dilalui bagi membolehkan pasangan tersebut bercerai secara harmoni.
Proses tersebut bermula dengan lantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) melibatkan wakil kedua-dua belah pasangan di mana proses lantikan ini akan diadakan di Mahkamah dan seterusnya pasangan dan wakil masing-masing akan dipanggil ke Pejabat Agama Daerah untuk sesi perdamaian iaitu Majlis JKP. Majlis JKP ini terdiri daripada 1 orang Pengerusi iaitu Pegawai di Pejabat Agama, beserta 4 orang yang terlibat iaitu pasangan dan wakil masing-masing. Majlis JKP tersebut kebiasaannya akan diadakan sekali sahaja melainkan jika ada keperluan lain yang mendesak kepada Majlis JKP yang kedua. Proses JKP ini ditetapkan masanya sehingga 6 bulan untuk mencari titik perdamaian selepas tarikh perlantikan. Jika gagal berdamai dan suami masih enggan melafazkan talak, maka prosiding tersebut akan dibawa ke peringkat Hakam.
Seterusnya, Hakam ini akan dilantik oleh Mahkamah dan bertindak sebagai orang tengah bagi pihak pasangan di mana ianya melibatkan 2 peringkat lantikan iaitu Hakam Kerabat dan Hakam Panel. Hakam Kerabat ini mestilah seorang lelaki yang dilantik dalam kalangan ahli keluarga atau kerabat terdekat yang mengetahui isu rumahtangga pasangan tersebut. Manakala Hakam Panel pula adalah seorang lelaki yang dilantik dalam kalangan Pegawai Mahkamah yang terlatih. Di peringkat Hakam Panel ini kebiasaannya Mahkamah akan memberikan kuasa penuh kepada Hakam untuk melafazkan talak bagi pihak suami. Setiap lantikan Hakam ini akan diadakan suatu perbincangan atau dipanggil sebagai Majlis Tahkim di mana Majlis Tahkim ini perlu dijalankan dalam tempoh 30 hari selepas lantikan dibuat.
Perbezaan antara Majlis JKP dengan Majlis Tahkim ini adalah Majlis JKP bertujuan untuk mencari titik perdamaian, manakala Majlis Tahkim pula bertujuan untuk mencari punca perbalahan yang sering berlaku tersebut datang daripada samada suami atau isteri. Jika perbalahan banyak berpunca daripada suami, maka perceraian boleh dijalankan secara talak melalui Hakam. Namun jika sebaliknya, maka perceraian boleh dijalankan secara khuluq atau tebus talak melalui Hakam. Kesannya bagi setiap perceraian yang dibuat melalui Hakam, pasangan tersebut tidak boleh rujuk semula dalam tempoh ‘iddah dan memerlukan kepada akad perkahwinan yang baru jika hendak kembali bersama.
Hikmahnya, prosedur yang perlu dilalui oleh setiap pasangan yang bercerai di bawah Seksyen 47 Akta 303 ini sangat lengkap dan teratur bermula dengan usaha untuk mencari titik perdamaian terlebih dahulu, kemudian baru diteruskan dengan talak jika perdamaian gagal dicapai. Peruntukan tersebut telah digubal selari dengan kehendak hukum syarak yang sangat mementingkan prinsip sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga. Setiap pasangan sewajarnya mengambil peluang dan memanfaatkan ruang yang diberikan oleh Mahkamah melalui Seksyen 47 Akta 303 tersebut untuk kembali berbaik, namun jika gagal berbaik.. setidaknya perceraian tersebut dapat diselesaikan secara harmoni sesuai dengan firman Allah S.W.T dalam Surah al-Baqarah: 229, mafhumnya:
Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali, setelah itu bolehlah ia (rujuk dan) dipegang terus (isterinya) dengan cara yang sepatutnya (makruf) atau dilepaskannya (menceraikannya) dengan cara yang baik.
Penulis adalah pengamal undang-undang

Artikel 13
2 Julai 2024
Keghairahan Mengejar Perbicaraan Kes
Nukilan Oleh : Amer Haiqal Bin Mohd Yusof Ahli Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Semasa sedang asyik menjamu juadah berbuka, saya didatangi oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai "Husein" (bukan nama sebenar). Kami berbual berkenaan dengan majlis berbuka tersebut dan kemudian disusuli dengan soalan berkaitan pekerjaan saya. Saya maklumkan saya seorang peguam yang masih baru dan tidak rasa layak pun ingin menggelarkan diri sendiri sebagai peguam.
Husein terkejut apabila mengetahui pekerjaan saya dan mukanya terus berubah kerana ingin bertanya tentang kes jenayah yang pernah disabitkan ke atas dirinya. Selepas diberitahu tentang fakta kes, saya menerangkan serba sedikit berkaitan prosedur kes jenayah yang berkait dengan kesnya. Kelihatan mukanya berubah sugul dan sedih menceritakan pengalamannya di penjara atas fitnah yang dilemparkan.
Beribu-ribu wang miliknya habis digunakan untuk membayar yuran guaman kerana dinasihati bahawa kesnya mesti melalui perbicaraan dan tiada pilihan lain. Kesnya juga unik dan pasti menjadi hebahan di sosial media dan akhbar tempatan dan dapat menaikkan "reputasi" peguam yang mengendalikannya. Saya bertanya kepada Husein, "Peguam dulu ada hantar surat representasi kepada AGC ke?". Husein menggeleng dan tidak mengetahui apa itu surat representasi.
Surat representasi ini adalah satu surat permohonan yang dihantar oleh peguambela yang mewakili Orang Kena Tuduh ("OKT") dan dihantar kepada pihak pendakwaan. Peguambela akan menghantar surat representasi ini kepada pihak pendakwaan di peringkat negeri dan sekiranya ditolak, akan menghantar surat tersebut kepada Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.
Pihak pendakwaan mempunyai hak untuk menolak, menerima atau menerima sebahagian permohonan surat representasi tersebut. Kuasa tersebut diperuntukkan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan yang mana Peguam Negara mempunyai kuasa untuk memulakan, menjalankan dan menghentikan apa-apa prosiding jenayah.
Apakah yang dipohon oleh peguambela dalam surat representasi tersebut? Peguambela akan memohon kepada pihak pendakwaan supaya mengurangkan atau menggugurkan pendakwaan terhadap OKT. Selain itu, peguambela juga boleh memohon supaya hukuman yang dikenakan adalah ringan dan munasabah sekiranya OKT mengaku salah.
Bilakah surat representasi ini boleh dihantar kepada pendakwaan? Kebiasannya peguambela akan menghantar surat ini sebelum perbicaraan bermula dan akan memaklumkan status surat representasi ini kepada Mahkamah semasa sebutan. Selain itu, surat representasi ini juga boleh dihantar selepas perbicaraan bermula di mana peguambela akan mengambilkira bukti dan keterangan semasa kes pendakwaan yang mana akan menguatkan permohonan surat representasi tersebut.
Semasa konsultasi dan mesyuarat bersama anakguam, saya sering melihat peguam senior menerangkan surat representasi ini kepada anakguam sebagai ikhtiar dalam menghadapi prosiding jenayah. Ada yang senipis lima muka surat dan ada yang tebal berpuluh-puluh muka surat bergantung kepada fakta dan keterangan yang ada. Sekiranya surat representasi ini diterima, semestinya yuran guaman yang perlu dibayar adalah sedikit dan bukannya jumlah penuh yang melibatkan peringkat perbicaraan, namun itulah amanah yang kita jalankan dan itulah juga rezeki dan peluang yang diberikan oleh Allah SWT untuk menolong, melindungi atau memberi peluang kedua kepada anakguam.
Tatkala segelintir peguam mengejar keghairahan untuk melakukan perbicaraan atas faktor populariti kes atau yuran guaman yang lebih tinggi, nasib anakguam sepatutnya dijadikan keutamaan dalam menjalankan tugas. Peguam mempunyai ilmu dan tanggungjawab untuk menasihati anakguam pilihan yang terbaik dengan mengambil kira setiap faktor terutamanya kewangan, masa dan tenaga anakguam dalam menghadapi kes di Mahkamah. Mungkin terdapat banyak kes di luar sana seperti Husein yang dapat dielakkan sekiranya kita mendahului nasib anakguam daripada kepentingan diri sendiri.
Sebagai peguam yang beragama Islam dan beriman, ingatlah bahawa pekerjaan ini merupakan satu amanah daripada Allah SWT. Tunaikanlah amanah ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan adil dalam menjalankan tugas kita sebagai peguam. Hayatilah peringatan yang diberikan kepada kita semua dalam surah An-Nisaa ayat ke-58:-
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat."

Artikel 12
2 Julai 2024
Tempoh Percubaan Tanpa KWSP & SOCSO, Mana Penghujungnya?
Nukilan Oleh : Muhd Akmal Amsyar Bin Muhamad Ali Ahli Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (“KWSP”) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (“SOCSO”) adalah dua entiti penting dalam sistem keselamatan sosial Malaysia. Keduaduanya memainkan peranan utama dalam memastikan pekerja swasta mendapat perlindungan kewangan yang memadai, terutama dalam menghadapi persaraan, ketidakmampuan bekerja akibat penyakit atau kecederaan, dan kematian. Menurut Akta KWSP 1991, setiap majikan di sektor swasta diwajibkan untuk menyumbang kepada KWSP bagi pihak pekerja. Namun, isu yang wajar dibincangkan adalah apabila seseorang pekerja telah menandatangani Surat Tawaran Bekerja yang dinyatakan bahawa KWSP dan SOCSO hanya akan diberikan selepas tamatnya tempoh percubaan. Ini menimbulkan persoalan mengenai kesahihan dan kewajaran amalan ini berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
Akta KWSP 1991 menetapkan bahawa setiap majikan wajib menyumbang sejumlah wang tertentu ke dalam akaun KWSP pekerja tanpa mengira status pekerjaan mereka, termasuk semasa tempoh percubaan. Seksyen 43(1) Akta KWSP 1991 menyatakan bahawa majikan mesti membuat sumbangan bulanan ke dalam KWSP pekerja sebaik sahaja seseorang itu mula bekerja. Selain itu, Akta Kerja 1955 adalah undang-undang utama yang mengawal selia hubungan antara majikan dan pekerja di Malaysia. Namun, tiada satu seksyen pun dalam Akta ini yang secara khusus memperuntukkan mengenai tempoh percubaan. Ini bermakna, secara teknikal, tempoh percubaan tidak mempunyai asas perundangan yang kukuh di bawah Akta Kerja 1955, menjadikan amalan ini tertakluk kepada terma kontrak individu antara majikan dan pekerja.
Menurut Akta Kontrak 1950, kontrak yang sah adalah kontrak yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak tanpa sebarang paksaan, penipuan atau pengaruh tidak wajar. Dalam konteks ini, kontrak pekerjaan yang menyatakan bahawa KWSP dan SOCSO hanya akan diberikan selepas tempoh percubaan mungkin dianggap sah jika dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Namun, ia masih boleh dicabar jika syarat tersebut dilihat bercanggah dengan undangundang yang lebih tinggi seperti Akta KWSP 1991 & Akta Keselamatan Sosial 1969.
Tempoh percubaan sering digunakan oleh majikan untuk menilai prestasi pekerja sebelum mereka disahkan dalam jawatan. Namun, ketiadaan peruntukan khusus dalam Akta Kerja 1955 mengenai tempoh percubaan membuka ruang kepada tafsiran yang pelbagai dan mungkin menimbulkan konflik antara majikan dan pekerja. Tempoh percubaan yang tidak dinyatakan dalam undang-undang memberi peluang kepada majikan untuk mengeksploitasi pekerja dengan menangguhkan pemberian faedah yang sah seperti KWSP dan SOCSO.
Walaupun kontrak pekerjaan yang menyatakan KWSP dan SOCSO hanya diberikan selepas tempoh percubaan mungkin sah dari sudut Akta Kontrak 1950, ia masih boleh dicabar jika bertentangan dengan undang-undang yang lebih tinggi. Dalam kes ini, kontrak tersebut boleh dianggap tidak sah kerana ia menghalang hak pekerja yang dilindungi di bawah Akta KWSP 1991. Kekurangan perlindungan KWSP dan SOCSO semasa tempoh percubaan boleh memberi kesan negatif kepada pekerja dari segi kewangan dan keselamatan sosial bagai malang tiada datang tunggal. Pekerja yang tidak mendapat perlindungan ini mungkin menghadapi kesulitan jika berlaku kemalangan atau penyakit semasa tempoh percubaan.
Majikan yang gagal mematuhi undang-undang berdepan risiko tindakan undangundang dan penalti bagai sudah terhantuk baru terngadah. Majikan yang tidak mencarum boleh didakwa di bawah Seksyen 43(2) Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 dan boleh dihukum dengan penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM10.000.00 atau kedua-duanya sekali. Bagi kes pendakwaan gagal mencarum socso, setiap majikan dan pengarah boleh dihukum penjara tidak melebihi 2 tahun atau denda tidak melebihi RM10.000.00 atau kedua-duanya sekali bagi satu pertuduhan mengikut Seksyen 94 Akta Keselamatan Sosial 1969.
Ketiadaan peruntukan yang jelas mengenai tempoh percubaan dalam Akta Kerja 1955 mencipta loophole yang boleh dieksploitasi oleh majikan. Ini menunjukkan keperluan untuk penambahbaikan undang-undang bagi memastikan semua pekerja mendapat perlindungan yang adil dan saksama. Untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut, Akta Kerja 1955 perlu dikemas kini untuk memasukkan peruntukan yang jelas mengenai tempoh percubaan. Penggubalan seksyen khusus mengenai tempoh percubaan boleh membantu mengelakkan eksploitasi pekerja. Pihak KWSP dan SOCSO juga sewajarnya perlu seperti laut datang memunggah mutiara memberi penerangan dan didikan kepada pekerja-pekerja mengenai hak mereka untuk memastikan mereka sedar akan perlindungan yang patut mereka terima. Majikan juga perlu diberikan panduan mengenai kewajipan undang-undang mereka untuk mengelakkan ketidakpatuhan terhadap Akta KWSP 1991 dan Akta Keselamatan Sosial 1969. Penguatkuasaan yang tegas oleh pihak berkuasa berkaitan perlu dipertingkatkan dan Hukuman yang maksimal wajar dilaksanakan.
Isu pemberian KWSP dan SOCSO semasa tempoh percubaan adalah isu yang perlu diberi perhatian serius. Perlindungan sosial adalah hak setiap pekerja tanpa mengira status percubaan mereka. Penambahbaikan undang-undang dan penguatkuasaan yang lebih tegas adalah penting untuk memastikan setiap pekerja mendapat perlindungan yang sewajarnya dan mengelakkan eksploitasi oleh majikan. Dengan langkah-langkah ini, diharapkan masa depan perundangan pekerjaan di Malaysia akan menjadi lebih adil dan saksama.
Penulis Adalah Pengamal Undang-Undang

Artikel 11
29 Jun 2024
Harta Pusaka: Perancangan Harta Semasa Hidup VS Faraid
Nukilan Oleh : Muhamad Faris bin Ruslan Ahli Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Realiti kini, permasalahan berkaitan tuntutan harta pusaka tidak asing lagi bahkan semakin menular dalam kalangan masyarakat di Malaysia khususnya umat Islam. Statistik menunjukkan bahawa lebih kurang sejumlah RM100 bilion harta beku dan tidak dituntut di negara ini. Malah lebih menyedihkan lagi apabila hampir 90 peratus daripadanya adalah hak milik orang Melayu. Statistik seperti ini bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan. Sebaliknya, perkembangan ini akan memberikan impak yang negatif khususnya kepada nama baik masyarakat Islam Malaysia keseluruhannya.
Selanjutnya, permasalahan akan tercetus jika urusan pembahagian dan pentadbiran harta pusaka ini terus diambil mudah dan dipandang enteng oleh semua pihak. Masalah yang timbul dapat kita lihat seperti dalam kes-kes tuntutan bertindih, harta si mati dibiar tanpa diurus oleh ahli waris si mati, kematian berlapis dan kesulitan dalam proses perbicaraan dalam pembahagian harta pusaka si mati. Bukan itu sahaja, timbul juga masalah apabila terjadinya perebutan harta dan perbalahan di kalangan ahli waris yang bukan terdiri dari ahli waris harta pusaka seperti bekas isteri dan cucu-cicit boleh menyebabkan terputusnya hubungan silaturahim. Hal ini merumitkan lagi keadaan dan proses untuk menguruskan harta pusaka yang telah ditinggalkan oleh si mati.
Fenomena kegagalan penyelesaian harta pusaka ini antaranya berpunca daripada persepsi masyarakat yang sering beranggapan bahawa harta pusaka boleh diagihkan mengikut hukum faraid selepas kematian seseorang tanpa perlu kepada perancangan awal harta. Bahkan masyarakat menganggap jika kita merancang harta seolah-olah kita lari daripada hukum faraid itu sendiri.
Tidak dapat dinafikan bahawa hukum faraid sememangnya sudah digariskan dalam Islam sebagai satu cara pembahagian harta pusaka si mati. Namun, secara praktikalnya, pengurusan harta pusaka si mati tidaklah semudah yang disangkakan. Perkara yang dilalui bagi proses penyelesaian pusaka akan melibatkan beberapa badan berkaitan seperti Mahkamah Tinggi Sivil untuk harta pusaka yang melebihi RM2 juta dan Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil di Pejabat Tanah bagi harta bawah RM2 juta yang melibatkan harta tidak alih. Kebiasaan proses tersebut memakan masa yang lama dan memerlukan komitmen yang tinggi dari ahli waris. Jika tiada kerjasama dan persetujuan oleh ahli waris, pengurusan harta pusaka akan mengalami kesulitan. Ini sekaligus menyebabkan kesan buruk yang berlaku seperti harta beku dan persengketaan dalam kalangan ahli waris.
Jika kita merancang harta pusaka semasa hidup, adakah kita menafikan hukum faraid itu sendiri? Bagi menjawab persoalan tersebut, kita perlu memahami konsep faraid terlebih dahulu. Hal ini telah dijelaskan dalam al-Quran dan al-Sunnah bahawa perkara akhir yang ditunaikan apabila seseorang itu telah meninggal dunia adalah faraid. Beberapa perkara seperti pengurusan jenazah, hutang, wasiat, tuntutan harta sepencarian dan lain-lain perlu diutamakan dahulu sebelum pergi kepada faraid.
Ilmu faraid adalah ilmu pembahagian harta pusaka selepas meninggal dunia. Namun, ilmu faraid juga adalah salah satu kunci yang perlu digunakan bagi merancang harta pusaka ketika hidup.
Bagi merancang harta pusaka ketika hidup, faraid merupakan salah satu alternatif yang boleh digunakan. Perancangan harta pusaka seperti hibah, wasiat, wakaf, takaful dan juga harta sepencarian menggunakan instrumen faraid. Bahkan faraid bukan sahaja sekadar menjadi alternatif dan instrumen, malahan ia menjadi tonggak utama dalam merancang harta pusaka.
Pengurusan harta boleh dibuat dengan pelbagai kaedah. Kini, terdapat agensi swasta atau agen yang berkaitan yang menawarkan solusi untuk pengurusan harta. Pelbagai produk yang ditawarkan untuk mengurus harta mengikut pilihan dan kesesuaian. Antaranya, kita boleh melantik peguamcara untuk menyediakan surat pengisytiharan hibah ataupun wasiat. Dengan adanya perkara tersebut ia lebih memudahkan ahli waris pusaka kerana tidak perlu melalui proses penyelesaian pusaka yang panjang dan tidak perlu untuk bersengketa di antara ahli waris. Wasi yang telah dilantik dalam wasiat akan menjadi pentadbir harta si mati dan akan bertanggungjawab mengurus harta si mati.
Namun begitu, terdapat juga masyarakat yang menafikan hukum faraid itu sendiri apabila membuat perancangan harta pusaka. Tamsilnya, mereka menghibahkan seluruh harta yang dimilki kepada bukan waris seperti menghibahkan harta kepada anak angkat sehingga menafikan hak anak kandung. Sedangkan ahli waris pusaka yang berhak tidak menerima harta pusaka mereka walaupun mereka ahli waris yang berhak dan layak untuk menerima harta pusaka tersebut.
Oleh itu, kita dinasihatkan supaya menggunakan faraid sebagai asas dalam merancang harta pusaka. Ini bagi memastikan tiada ahli waris yang tertindas atau dinafikan hak mereka. Dengan mengurus harta pusaka sebaiknya kita dapat memastikan harta pusaka dapat diagihkan sewajarnya mengikut hukum syarak dan undang-undang yang berkuatkuasa.
Dalam pada itu, Islam sendiri telah mengajar kita untuk menghindarkan diri daripada melakukan kemudaratan. Bahkan, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Jika harta yang berada disisi kita pada hari ini tidak diuruskan dengan betul, kelak mungkin akan mendatangkan mafsadah dan juga fitnah harta sehingga memecah belahkan hubungan ahli waris. Dengan kata lain, waris akan menzalimi sesama mereka dengan memakan harta hak orang lain atau pemegang amanah memakan harta yang ditinggalkan sedangkan dia hanya pemegang amanah sahaja (trustee). Implikasi ini membawa kepada perkara yang tidak berkesudahan yang akhirnya merugikan semua pihak.
Tuntasnya, masyarakat perlu memahami bahawa faraid bukan hanya satu-satunya jalan dalam menyelesaikan harta pusaka, malah ia menjadi panduan dan juga tonggak utama dalam merancang harta pusaka. Justeru itu, persepsi yang dipegang oleh masyarakat bahawa jika kita merancang harta pusaka kita seolah-olah lari dari hukum faraid adalah tidak benar sama sekali.
Semasa kita hidup kita sering sibuk untuk menguruskan perancangan ketika hidup seperti bila hendak berkahwin, jika sudah berkahwin, bila hendak menimang cahaya mata, apabila anak sudah besar rancang ke sekolah mana untuk dihantar, begitulah seterusnya. Tidak salah untuk merancang perkara tersebut, namun kesemua perkara itu masih belum pasti. Satu perkara yang umum mengetahui sudah pasti akan berlaku adalah mati. Oleh itu, perancangan harta wajar dilakukan, apabila ajal sudah menjemput, kita tidak meninggalkan beban dan fitnah harta kepada ahli waris.
“Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati”
(Surah Ali Imran 3: Ayat 185)

Artikel 10
29 Jun 2024
Pencerobohan Tanah Di Atas Tanah Kerajaan
Nukilan Oleh : Mohamad Nor Fazli Adnan Ahli Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Jendela daripada Dewan Bahasa dan Pustaka menarik pena saya memulakan rencana ini, di mana peribahasa berbunyi “Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang dituruti” peribahasa ini bermakna, kita hendaklah mematuhi undang-undang negeri yang kita diami. Isu yang hangat di Malaysia sejak dahulu lagi adalah berkaitan dengan pencerobohan tanah dan artikel kali ini akan memfokuskan pencerobohan tanah di atas tanah kerajaan sama ada tanah persekutuan ataupun tanah negeri.
Pada bulan Mac 2024 yang lalu, kita dikejutkan dengan penutupan keseluruhan lot letak kereta di atas Tanah Aina Fareena yang terletak di Negeri Pahang, atas dakwaan bahawa laluan parkir tersebut dibina di dalam Tanah Kerajaan Negeri. Masalah pencerobohan tanah yang berlaku di Malaysia merupakan isu negara dan ianya perlu dipandang serius serta ditangani dengan segera oleh semua pihak.
Merujuk kepada perundangan negara terutama melibatkan undang-undang tanah di Malaysia, di mana ianya sangat menyeluruh yang merangkumi semua aspek transaksi tanah di Malaysia terkandung diperuntukkan di dalam Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 828). Sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengetahui bahawa undang-undang tanah di Malaysia adalah berasaskan kepada pentadbiran tanah yang dipanggil sebagai “Sistem Torrens” di mana sistem ini adalah seperti berikut :
Secara umumnya, segala maklumat yang didaftarkan dan wujud di dalam suatu hakmilik adalah fakta material berhubung hakmilik seseorang di atas tanah tersebut dan tidak boleh disangkal kerana jelas di dalam hakmilik tersebut direkodkan nama pemilik, butir-butir mengenai tanah, luas kawasan dan lokasi, pelan ukur dan had sempadan tanah tersebut. Namun sistem ini tidaklah secara mutlak penggunaannya kerana terdapat penggunaan prinsip undang-undang lain yang sesuai melalui peruntukkan undang-undang Islam, adat Melayu dan ekuiti turut diiktiraf di Malaysia.
Sekiranya kita dapat memahami dan mempraktikkan dengan jelas sistem Torrens ini, pasti isu pencerobohan ini tidak akan berlaku, namun kenapakah ianya masih berlaku, itulah persoalan yang sentiasa bermain di dalam fikiran kita. Sedangkan kita telahpun mencapai kemerdekaan lebih 60 tahun, jika dilihat kepada angka tersebut ianya cukup matang bagi kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka memahami dan mengatasi isu ini dengan lebih baik.
Merujuk kepada kes-kes yang difailkan di mahkamah, kebanyakan kes pencerobohan adalah bagi tujuan aktiviti pertanian, kecurian pasir, pembinaan struktur rumah kediaman dan perniagaan serta pembuangan sampah secara haram. Kelemahan yang dikenal pasti antaranya ketidakcekapan pentadbiran oleh kerajaan di dalam penguatkuasaan undang-undang sedia ada, ia dapat dilihat daripada tindakan oleh kerajaan berhubung dengan pencerobohan tersebut sehingga mengambil masa bertahun-tahun untuk melaksanakan pemilikan dan menguatkuasakan undang-undang sehingga penceroboh tersebut merasakan tanah tersebut adalah milik mereka.
Bagi mengatasi lambakan kes pencerobohan ini yang semakin membimbangkan, tindakan lebih tegas oleh kerajaan di dalam menangani masalah pencerobohan ini perlu dilaksanakan ke atas semua pencerobohan yang terlibat tanpa wujudnya unsur pilih kasih. Selain itu, pemeriksaan berkala serta kekerapan pemantauan lot-lot tanah terlibat perlu dilaksanakan secara teratur bagi mewujudkan sistem yang lebih baik dan secara tidak langsung mengurangkan pencerobohan yang berlaku. Kerajaan juga dicadangkan untuk meminda peruntukan undang-undang dengan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada penceroboh supaya dapat dijadikan pengajaran kepada penceroboh dan menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa kerajaan memandang serius isu pencerobohan tanah di negara ini.
Seterusnya, sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai integriti yang tinggi, kita perlulah mengetahui sama ada tanah tersebut merupakan hak kita atau tidak, jangan sesekali mengambil keuntungan bukan daripada milik kita. Sekiranya tanah tersebut merupakan keperluan untuk kita, maka laksanakan transaksi atas tanah tersebut dengan teratur dan mematuhi undang-undang tersebut, contohnya membuat permohonan pemilikan tanah tersebut ataupun membuat permohonan mendapatkan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) daripada pihak kerajaan sehingga diluluskan oleh pihak yang berwajib.
Di dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 188, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“ Dan janganlah engkau makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah”.
Kita juga perlu mengambil perhatian bahawa, peruntukkan undang-undang jelas memperuntukkan bahawa mana-mana pihak yang terkesan daripada pencerobohan tersebut mempunyai hak untuk menghalang dan mengambil semula tanah tersebut walaupun melalui proses pengusiran atau pengosongan tanah tersebut serta berhak menuntut ganti rugi daripada pencerobohan tersebut dengan sewajarnya secara adil. Peruntukkan tersebut jelas diperuntukkan di bawah Seksyen 425, Akta 828.
Inilah yang disebut oleh peribahasa “Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang dituruti” yang sebenarnya adalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya mematuhi undang-undang sesebuah negara ataupun negeri, ianya secara langsung akan menjamin kedaulatan sesebuah negara dan membentuk sistem pentadbiran sebuah negara itu dengan lebih kemas dan teratur. Selain daripada itu, ia juga dapat memastikan rakyat lebih berdisiplin serta mematuhi undang-undang dan mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni dan hidup dalam bersatu padu.

- Setiap orang yang memiliki tanah akan mempunyai suatu dokumen hakmilik yang jelas, di mana hakmilik tersebut mengandungi maklumat mengenai segala syarat dan kepentingan di atas tanah tersebut.

Artikel 9
26 Jun 2024
Pasca Kes Nik Elin: Pemerkasaan Menyeluruh Undang-Undang Syariah di Malaysia
Nukilan Oleh : Muhammad Darwisy bin Roslan Ahli Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Februari 2024 yang lalu, Malaysia telah digemparkan dengan suatu peristiwa bersejarah apabila Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 kesalahan jenayah syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan. Pada hemat mahkamah, 16 peruntukan kesalahan “jenayah” tersebut adalah sepatutnya termasuk di bawah bidang kuasa Parlimen seperti yang digariskan dalam Senarai Persekutuan Perlembagaan Persekutuan, bukan bidang kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Senarai Negeri.
Dalam isu ini, sebahagian rakyat malaysia berpandangan bahawa, keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut adalah sebagai suatu pengukuhan kedudukan undang-undang Islam di bawah undang-undang Persekutuan dan sama sekali tidak menjejaskan kedudukan islam. Kemudian, wujud sebahagian besar kelompok lain yang tidak bersetuju, membangkitkan kerisauan terhadap implikasi keputusan kes ini khususnya kepada pembatasan bidang kuasa Mahkamah Syariah, konflik bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Syariah, dan persepsi Mahkamah Syariah sebagai institusi kelas kedua.
Jika kita cuba lihat dari sudut pandang yang harmoni, pendapat bahawa pembatalan 16 kesalahan jenayah syariah tersebut merupakan suatu keputusan yang selari dengan Perlembagaan Persekutuan adalah tidak boleh dinafikan. Dalam masa yang sama, rasa khuatir dan risau masyarakat muslim terhadap implikasi daripada Kes Nik Elin terhadap bidang kuasa mahkamah syariah serta kedudukan undang-undang syariah juga ada asasnya yang munasabah. Khususnya apabila wujud kesan rantaian (domino effect) untuk enakmen sama di negeri-negeri lain boleh turut dicabar.
Jika diperhatikan, pada masa yang sama 16 peruntukan dari Enakmen KJS (I) Kelantan tersebut dibatalkan, kesemua 13 Negeri lain di Malaysia turut mempunyai hampir keseluruhan peruntukan yang sama. Contohnya, Seksyen 11 - Memusnahkan atau mencemarkan tempat ibadat, Seksyen 14 - Kesalahan Liwat, Seksyen 45 - Perbuatan Maksiat dan Seksyen 48 - Muncikari (Menjadi Bapa Ayam). Hampir kesemua Negeri lain di Malaysia mempunyai peruntukan-peruntukan ini dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah masing-masing. Termasuklah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariahnya, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559), yang digubal di Parlimen.
Sepi. Hari ini, menandakan sudah hampir 5 bulan berlalu sejak pembatalan kesalahan-kesalahan jenayah syariah tersebut. Lega. Setakat ini, belum ada apa-apa cabaran baru dibuat oleh mana-mana individu terhadap peruntukan-peruntukan kesalahan yang sama di negeri lain. Dalam masa yang sama, Risau. Belum ada juga apa-apa tindakan yang berimpak signifikan dilakukan untuk melestarikan pemerkasaan undang-undang syariah yang terlibat.
Kerajaan ada menubuhkan suatu Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu berkaitan dengan Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggubal undang-undang Islam serta bidang kuasa mahkamah Syariah di Malaysia, supaya undang-undang islam serta Mahkamah Syariah boleh terus dimartabatkan, dilindungi dan diperkasakan. Namun, sehingga kini, kita belum nampak sebarang hasil yang signifikan dari Jawatankuasa-jawatankuasa yang ada. Malah, dikatakan tempoh satu (1) tahun diperlukan untuk menyediakan syor-syor penyelesaian.
Sementara menanti syor-syor dari kajian komprehensif pakar-pakar tersebut, agenda pemerkasaan undang-undang syariah di Malaysia boleh lebih diperkemaskan secara proaktif. Dan ia perlu bersifat menyeluruh, seperti cadangan yang berikut:
Pembatalan 16 Kesalahan Jenayah Syariah dalam kes Nik Elin ini dibuat asbab tafsiran Mahkamah terhadap Perlembagaan sedia ada. Jadi, untuk mengubahnya, Perlembagaan sedia ada perlu dipinda dan ditambahbaik untuk mengelakkan pertindihan dan konflik bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Syariah. Pindaan perlembagaan ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa keseriusan pihak eksekutif di peringkat Pusat dan Negeri dalam memastikan kesediaan pindaan, penggubalan dan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah .
Pembatalan 16 Kesalahan Jenayah Syariah dalam kes Nik Elin ini dibuat asbab tafsiran Mahkamah terhadap Perlembagaan sedia ada. Jadi, untuk mengubahnya, Perlembagaan sedia ada perlu dipinda dan ditambahbaik untuk mengelakkan pertindihan dan konflik bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Syariah.
Pindaan perlembagaan ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa keseriusan pihak eksekutif di peringkat Pusat dan Negeri dalam memastikan kesediaan pindaan, penggubalan dan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah .
2. Kerajaan perlu meningkatkan Kualiti, Standard dan Profesionalisme Mahkamah Syariah.
Dalam memastikan pelaksanaan undang-undang syariah diperkuatkan, kualiti dan kredibiliti institusi Mahkamah Syariah perlu ditingkatkan. Misalnya, setakat hari ini, Mahkamah Syariah tiada bangunan penjara yang khusus untuk pelaku kesalahan jenayah syariah. Sebaliknya, hanya menumpang infra dan fasiliti penjara sivil.
Maka, peruntukan sumber kewangan dan infrastruktur yang mencukupi sangat penting untuk memastikan Mahkamah Syariah dapat meningkatkan statusnya setaraf dengan Mahkamah Sivil. Jika tiada komitmen serius terhadap perkara ini, walaupun pindaan dan bidang kuasa diberikan sekalipun, bimbang kepercayaan awam terhadap Mahkamah Syariah tetap akan tergugat dek kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan.
3. Kerajaan perlu memupuk Kefahaman dan Keyakinan Rakyat Terhadap Undang-Undang Islam.
Undang-Undang Syariah selayaknya menjadi tonggak kepada sistem perundangan negara. Pada waktu ini, Syariah hanya dilihat sebagai undang-undang di peringkat negeri, dan hanya berfungsi di Mahkamah Syariah. Manakala Mahkamah utama di peringkat Persekutuan dianggap tidak perlu seiring dengan anjuran Syariah.
Inilah kunci utama kepada pemerkasaan undang-undang islam di Malaysia. Iaitu, pemahaman dan keyakinan rakyat Malaysia terhadap undang-undang Islam yang bersifat syumul dan menyeluruh. Suatu plan strategik untuk mempromosikan keindahan ajaran Islam dan pendidikan awam yang lebih efektif mengenai peranan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah perlu digerakkan secara besar-besaran.
Di Kelantan misalnya, dianjurkan Hari Hududullah sebagai acara tahunan untuk menyebarkan kefahaman dan kesedaran tentang keindahan pelaksanaan hukum Islam. Sudah tiba masanya untuk Malaysia menganjurkan inisiatif yang sama melibatkan seluruh rakyat Malaysia.
Hikmahnya, sedikit sebanyak, Kes Nik Elin ini membuka mata ramai pihak tentang kedudukan undang-undang islam di Malaysia. Generasi terdahulu sudah memainkan peranan dalam memastikan wujudnya perundangan dan pelaksanaan undang-undang Islam yang ada pada hari ini. Persoalannya, apakah pula peranan dan sumbangan kita terhadap pelaksanaan undang-undang islam kepada generasi akan datang?
Penulis adalah Pengamal Undang-Undang

- Pemimpin-Pemimpin Masyarakat perlu menyatupadukan Kehendak dan Komitmen Politik (Political Will & Commitment) untuk menamatkan konflik bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Artikel 8
25 Januari 2024
Penukaran Agama Sepihak Dan Kesan Kepada Mualaf
Nukilan Oleh : Muhamad Hisham bin Marzuki Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Mahkamah Rayuan di dalam kes Loh Siew Hong v Majlis Agama Islam Perlis (Maips) baru-baru ini telah memutuskan bahawa undang-undang penukaran agama anak di dalam enakmen syariah negeri Perlis adalah tidak sah dan terbatal.
Lanjutan daripada keputusan tersebut juga dimaklumkan bahawa terdapat rayuan yang akan diteruskan oleh pihak Maips ke mahkamah persekutuan untuk diputuskan berkenaan undang-undang tersebut.
Daripada segi teknikal dan proses undang-undang, sekiranya rayuan tersebut masih diteruskan di peringkat tertinggi, maka keputusan itu masih belum dapat diambil sebagai muktamad (settled law)
Dalam hal yang demikian, ianya juga tidak dapat menjadikan secara automatik suatu undang-undang penukaran agama sepihak yang sama dan hampir sama dengan enakmen negeri-negeri lain sebagai sebagai tidak sah/bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.
Tambahan pula, mengambilkira terdapat suatu cabaran undang-undang ke atas beberapa negeri lain yang masih menggunakan penukaran agama islam secara sepihak oleh indira Gandhi pada tahun 2023, maka apabila wujud sebarang komen-komen daripada tindakan ini boleh dianggap sebagai suatu percampuran urusan mahkamah serta boleh terjerumus kepada penghinaan mahkamah.
Malah, semua pihak juga perlu faham dengan keadaan ada yang telah memfailkan dan sedang menunggu keputusan mahkamah di dalam hal ini tidak wajar untuk mempengaruhi mahkamah di dalam membuat komen-komen bersifat menghukum seperti ini secara terang-terangan.
Justeru, terdapat gesaan undang-undang ini untuk dipinda adalah suatu yang tidak wajar mengikut proses sedia ada kerana bersifat pra matang untuk dilakukan. Malah, dengan wujud jawatankuasa mengkaji antara undang-undang sivil dan syariah, ianya pasti antara perkara utama yang ingin dibuat kajian dan syor untuk memastikan undang-undang ini dapat diharmonikan tanpa mengenepikan kedudukan islam dan undang-undang syariah di Malaysia.

Artikel 7
11 Januari 2024
Kebenaran kedua-dua ibu bapa tukar agama anak adalah realiti sukar
Nukilan Oleh : Muhamad Hisham bin Marzuki Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan Sivil di Putrajaya pada 10 Januari 2024, panel secara sebulat suara seramai (3) tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan Sivil telah membenarkan rayuan oleh pihak perayu iaitu ibu kepada (3) tiga kanak-kanak bawah umur yang telah diislamkan oleh bapa mereka di hadapan pendaftar muallaf di Perlis sebelum ini adalah tidak sah dan dibatalkan pengislaman tersebut.
Kes berkenaan pengislaman anak-anak bagi pasangan baru memeluk Islam kepada agama Islam adalah suatu isu yang sering berlaku dan menjadikan pasangan saudara baru Islam yang ingin bersama dengan anak-anak berada di dalam keadaan serba salah dan sukar. Kes rayuan MAIPs ini adalah menunjukkan satu lagi peruntukan di dalam Undang-Undang Islam Negeri iaitu Seksyen 107(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 (Perlis) telah dibatalkan dan diisytiharkan sebagai tidak Perlembagaan oleh Mahkamah Rayuan.
Perlu difahami bahawa sebelum ini pendaftaran anak-anak bawah umur bagi saudara baru Islam yang didaftarkan di hadapan pendaftar muallaf yang dibuat secara sebelah pihak telah diisytiharkan sebagai tidak sah dan tidak berpelembagaan seperti yang telah diputuskan di dalam kes Indira Gandhi Mutho v Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & Ors pada tahun 2018 oleh Mahkamah Persekutuan.
Mengikut keputusan panel rayuan di dalam kes MAIPs tersebut, panel rayuan telah mendapati bahawa dapatan hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini adalah telah salah daripada segi Undang-Undang di dalam mengaplikasikan dapatan berkenaan pengislaman sebelah pihak (“unilateral conversion”) bagi pasangan baru memeluk islam. Malah, Mahkamah Rayuan juga menyatakan bahawa dapatan kes Indira Gandhi tersebut adalah suatu undang-undang yang mengikat untuk dijadikan sandaran di dalam menyelesaikan kemelut pasangan baru memeluk Islam yang mengislamkan anak-anak di bawah umur.
Realitinya, kebenaran kedua-dua ibu bapa untuk menukar agama Islam adalah amat sukar memandangkan kebiasaannya perkahwinan pasangan akan dibubarkan serta dalam banyak keadaan penukaran agama salah satu pasangan adalah tidak dipersetujui oleh pasangan bukan Islam. Ini menjadikan penukaran kepada agama Islam adalah tidak sah jika dilakukan tanpa kebenaran pasangan bukan Islam. Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan telah menyelesaikan isu penukaran agama sebelah pihak di dalam kes Subashini Rajasingam V Saravanan Thangathoray & Other Appeals pada 2008 yang telah memutuskan kebenaran seorang ibu atau bapa adalah memadai.
Mengambil kira suasana semasa, majoriti kes penukaran agama sebelah pihak yang dicabar di Mahkamah adalah kepada agama Islam, ini akan memberi kesan kepada anak-anak bagi pasangan tersebut khususnya pasangan beragama Islam yang tidak dapat bersama diislamkan dan menjadikan pasangan baru tersebut berasa terasing dengan mendapatkan akses dan hubungan selaku ibu atau bapa.
Perkara ini perlu dilihat semula oleh pelbagai pihak yang berkepentingan untuk mengurangkan jurang perbezaan yang timbul kerana akan memberikan kesan kepada institusi keluarga dan pembentukan masyarakat di dalam negara ini. Malah, kepentingan agama Islam seperi termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan perlu diterapkan dalam apa jua keadaan mengambil kira asas utama di dalam Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.

Artikel 6
30 November 2023
Dakwaan rasuah: Aduan bertulis atau lisan, SPRM siasat Ahli Parlimen menukar sokongan
Nukilan Oleh : Muhammad Hariz bin Md Yusoff Timbalan Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia
Kebelakangan ini telah dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8, YB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin mendakwa antara lain, terdapat unsur rasuah berkenaan beberapa ahli Parlimen parti Bersatu yang berubah angin menyokong pentadbiran kerajaan di bawah teraju YAB Dato Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Pada 14 November 2023, parti Bersatu telah membuat laporan polis susulan daripada dakwaan mantan Perdana Menteri Malaysia ke-8 tersebut di mana pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 16 November 2023 melalui Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan awam bahawa SPRM akan menjalankan siasatan telus berhubung dakwaan mantan Perdana Menteri Malaysia ke-8 tersebut.
Merujuk peruntukan Seksyen 29 Akta SPRM (Akta 694), pihak SPRM mempunyai punca kuasa untuk menyiasat sebarang aduan dan maklumat berkenaan mana-mana pelakuan suatu kesalahan yang wujud di bawah Akta SPRM. Aduan atau maklumat yang dimaksudkan tersebut boleh disampaikan secara bertulis atau lisan kepada pihak SPRM dan selanjutnya pegawai SPRM boleh menjalankan siasatan terhadap aduan dan maklumat tersebut menurut peruntukan Akta SPRM dan Kanun Tatacara Jenayah berkenaan prosedur dan tatacara pengendalian siasatan.
Dalam konteks ini, dapat kita lihat bahawa bentuk aduan dan maklumat berkenaan mana-mana kesalahan di bawah Akta SPRM boleh dibuat sama ada dalam bentuk bertulis atau lisan kepada pihak penguatkuasa sama ada pihak polis atau pihak SPRM secara langsung. Sekiranya laporan polis telah dibuat maka pihak polis akan merujuk laporan polis tersebut kepada pihak SPRM sekiranya terdapat atau wujud elemen-elemen kesalahan yang menjurus kepada peruntukan kesalahan di bawah Akta SPRM sebagaimana dalam isu yang viral ini.
Selanjutnya apabila pegawai penyiasat SPRM membuat siasatan bagi aduan dan maklumat tersebut, peruntukan Seksyen 30 Akta SPRM memberi punca kuasa kepada pegawai penyiasat SPRM untuk mengarahkan mana-mana individu untuk hadir dengan membawa sebarang dokumen yang diperlukan atau sebaliknya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan yang dijalankan terhadap aduan dan maklumat yang dibuat tersebut.
Bagi maksud siasatan dijalankan oleh pegawai SPRM tersebut jua mempunyai punca kuasa untuk memeriksa dan menggeledah termasuk menyita apa-apa barang yang dijumpai tanpa memerlukan waran kecuali bagi tujuan pemeriksaan badan individu oleh pegawai SPRM hendaklah dilakukan oleh orang yang sama jantinanya sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 31 Akta SPRM.
Kemudiannya pada 28 November 2023, SPRM telah membuat kenyataan media bahawa tiada unsur rasuah setakat ini terhadap 4 Ahli Perlimen Bersatu menyokong YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10 menunjukkan bahawa pada ketika ini tiada sebarang elemen kesalahan yang dipenuhi dalam mana-mana peruntukan kesalahan di bawah Akta SPRM untuk mewajarkan pihak SPRM meneruskan pengesyoran pendakwaan kepada pihak Pendakwa Raya sebagaimana peruntukan Seksyen 58 Akta SPRM. Walau bagaimanapun, sekiranya pada masa hadapan terdapat keterangan yang memenuhi elemen-elemen kesalahan mana-mana peruntukan kesalahan di bawah Akta SPRM maka pihak SPRM boleh meneruskan siasatan sedia ada bagi melengkapkan kertas siasatan tersebut. Adalah perlu diketahui bahawa bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta SPRM hendaklah terlebih dahulu mendapat keizinan daripada Pendakwa Raya bagi pendakwaan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan di dalam Akta SPRM dilaksanakan di Mahkamah.
Akhirul kalam, undang-undang pencegahan rasuah di negara kita telah mencakupi pelbagai aspek kesalahan rasuah dan kesalahan berhubung rasuah sebagaimana terkandung di dalam Akta SPRM. Matlamat penubuhan SPRM sebagai sebuah badan pencegahan rasuah yang bebas dan bertanggungjawab selari dengan peruntukan Seksyen 2 Akta SPRM adalah wajar dilaksanakan dengan telus dan berintegriti terhadap pentadbiran awam dan swasta termasuk mana-mana individu tidak kira latar belakang dan status jawatannya dalam mendaulatkan undang-undang negara. Segala aduan dan maklumat yang disalurkan kepada pihak SPRM hendaklah dipandang serius dalam meletakkan kepercayaan rakyat kepada badan penguatkuasa bebas di negara.

Artikel 5
09 November 2023
Masih Utuhkah Solidariti Rakyat Malaysia Buat Rakyat Palestin
Nukilan Oleh : Muhamad Hisham bin Marzuki Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Sejak operasi ketenteraan melalui operasi Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober 2023, dapat dilihat seluruh dunia berbelah bagi di dalam memberikan sokongan kepada rakyat Palestin di dalam mempertahankan diri daripada terus dijajah oleh rejim Zionis. Malah, pelbagai siri tunjuk perasaan dan perhimpunan menyokong perjuangan rakyat Palestin telah diadakan di bandar-bandar utama dunia.
Di peringkat antarabangsa, beberapa negara khusus di bahagian Selatan Amerika telah memutuskan hubungan diplomatik dan memanggil duta-duta pulang ke negara masing-masing. Negara-negara islam juga dilihat tidak bertegas di dalam perkara ini. Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) tidak memberi tindakan yang tegas di dalam mengetuai negara-negara Islam berkaitan kekejaman zionis Israel yang merupakan isu utama sejagat.
Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (‘UNSC’) seperti biasa dilihat gagal di dalam menghentikan pembunuhan rakyat Palestin yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak yang merupakan jumlah korban tertinggi di dalam konflik ini yang telah berlarutan lebih 70 tahun. Pelbagai resolusi yang telah dibincang, diundi dan diputuskan hanyalah bersifat retorik semata-mata yang tidak berjaya membawa perubahan di dalam konflik ini. Ini jelas menunjukkan kuasa veto di dalam UNSC dan sekutu-sekutu Israel berjaya melobi untuk kepentingan Zionis Israel di dalam meneruskan serangan pengeboman yang boleh dianggap sebagai jenayah perang dan kemanusiaan.
Di dalam landskap solidariti Malaysia, dapat dilihat secara jelas pendirian Malaysia sejak dahulu untuk tidak mengiktiraf negara haram Israel. Namun, adalah penting bahawa konsep penyelesaian dua negara tidak wajar disokong oleh Malaysia yang mana ianya adalah suatu konsep yang gagal. Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan pejuang hak asasi manusia telah menyuarakan bantahan terhadap konflik yang berlarutan ini, namun di dalam keghairahan tersebut dapat dilihat rakyat masih berbelah bagi di dalam memberikan sokongan padu dan penuh kepada perjuangan rakyat Palestin. Malah, perhimpunan dan sokongan tersebut juga dilihat ada menimbulkan perpecahan dikalangan peserta yang tidak jelas dengan perjuangan rakyat Palestin.
Daripada segi penggunaan media sosial, terdapat maklumat dan aduan daripada rakyat Malaysia bahawa perkongsian berkenaan perjuangan rakyat Palestin telah disekat di ruangan media sosial dengan tujuan maklumat tersebut tidak sampai kepada masyarakat. Ini juga dilihat sebagai suatu penguasaan oleh pihak-pihak tertentu di dalam memastikan maklumat berkenaan isu Palestin ini tidak sampai kepada rakyat Malaysia. Malah, kita juga dapat melihat segelintir media tempatan yang terus melabel pejuang Hamas sebagai ‘Militan/Pengganas’ seperti yang digunakan oleh media barat.
Selain itu, terdapat laporan bahawa rakyat Malaysia juga tidak jelas dengan perjuangan asas rakyat Palestin yang telah ditindas sejak lebih 70 tahun dan buta berkenaan sejarah pembunuhan dan pengusiran terbesar dalam sejarah dunia. Laporan-laporan yang bercanggah dengan pendirian Malaysia jelas akan memberikan kekeliruan kepada rakyat Malaysia di dalam memahami naratif perjuangan rakyat Palestin.
Kesimpulannya, rakyat Malaysia tidak wajar berkompromi di dalam memberi sebarang sokongan kepada zionis Israel sama ada melalui ekonomi, moral dan tindakan. Ahli-ahli Parlimen juga perlu mempunyai sokongan yang penuh kepada pendirian Malaysia yang telah dizahirkan secara jelas oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan tidak menyokong sebarang agenda oleh Zionis Israel di dalam terus melakukan jenayah kemanusiaan terhadap penduduk Palestin.

Artikel 4
24 Oktober 2023
Perang Palestin dan Negara Haram Israel: Kegagalan Undang-Undang Antarabangsa Dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Nukilan Oleh : Muhamad Hisham bin Marzuki Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Konflik peperangan Palestin dan Negara Israel telah bermula sejak daripada pengisytiharan negara haram Israel serta penyelesaian melalui pembahagian 2 negara bagi Israel dan Palestin di tanah asal Palestin pada 1947. Lanjutan daripada itu, pelbagai siri penentangan daripada rakyat Palestin dan negara-negara arab telah tercetus akibat daripada tindakan agresif rejim zionis terhadap bangsa Palestin.
Mengikut resolusi 2334 pada 23 Disember 2016, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan usul berkenaan penempatan haram warga Israel di tanah-tanah milik rakyat Palestin adalah tidak sah mengikut undang-undang antarabangsa. Namun sehingga kini, resolusi tersebut telah gagal untuk memberi tekanan antarabangsa kepada negara haram Israel untuk terus menghentikan kezaliman dan pembunuhan rakyat Palestin. Terkini, siri pengeboman terhadap penduduk di Semenanjung Gaza ketika kali terakhir peperangan berlaku pada tahun 2021 telah mencatatkan kematian dan kerosakan yang tinggi kepada Semenanjung Gaza.
Mengikut undang-undang antarabangsa, tindakan penentangan rakyat Palestin ini adalah sebagai self determination di dalam mempertahankan diri, keluarga dan negara daripada dijajah oleh rejim Zionis. Malah, tindakan para pendatang yahudi secara terang-terangan mengusir dan merampas tanah rakyat Palestin terus dibenarkan oleh rejim Zionis termasuk undang-undang Israel yang menghalalkan tindakan tersebut yang terus menafikan hak rakyat Palestin.
Sehingga kini, ribuan nyawa rakyat Palestin telah gugur syahid di dalam siri pengeboman terkini di Semenanjung Gaza. Malah, Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) tidak bertindak tegas dan terus berlembut dengan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis. Undang-undang antarabangsa juga tidak dipatuhi dan orang awam terus menjadi sasaran pengeboman rejim Zionis yang jelas mengorbankan kanak-kanak dan wanita. Rejim Zionis juga secara terang-terangan tidak mengendahkan undang-undang antarabangsa serta terus melakukan jenayah perang yang jelas di mata dunia termasuk pengeboman tempat kediaman awam, pasukan perubatan dan para wartawan. Negara-negara islam yang terdiri daripada Pertubuhan Negara Islam (OIC) dilihat tidak memainkan peranan utama di dalam melawan kezaliman zionis.
Ditambah dengan sentimen Yahudi yang menebal dikalangan negara-negara Eropah telah menjadikan isu Palestin ini kononnya sebagai pelabelan tindakan militan oleh rakyat Palestin yang bermatian mempertahan tanah air mereka. Selain itu, peranan yang kononnya dimainkan oleh PBB adalah gagal sebagai tujuan penubuhan iaitu untuk memastikan keamanan di seluruh dunia serta hanya dilihat seperti berat sebelah di dalam konflik ini. Konsep penggunaan kuasa veto negara-negara besar di dalam setiap setiap undian turut mendatangkan masalah di dalam Majlis Keselamatan PBB bertindak apabila sekutu utama Israel iaitu Amerika Syarikat dan Britain.
Kesimpulannya, tindakan Israel di dalam meneruskan pembunuhan ke atas orang awam adalah tidak akan menunjukkan sebarang tanda untuk berhenti selagi kuasa besar dunia terus menutup mata serta tidak bertegas untuk menarik sokongan di dalam tindakan kejam Israel. Malaysia perlu tegas dan memainkan peranan di dalam terus mengecam dan melakukan tindakan yang padu di dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin melalui pelbagai sumber dan cara yang ada.

Artikel 3
29 September 2023
Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 (Akta 301) di dalam Mengimbangi Kebebasan Bersuara Di Malaysia
Nukilan Oleh : Muhamad Hisham bin Marzuki Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Ketika di dalam menulis artikel ini, alasan penghakiman di dalam kes MENTERI DALAM NEGERI & ANOR v CHONG TON SIN & ORS masih belum diterbitkan oleh mahkamah rayuan kepada umum. Pada 25.9.2023 yang lepas, Mahkamah Rayuan Sivil di Putrajaya telah membenarkan rayuan oleh pihak perayu mengikut Penghakiman majoriti 2-1 dengan menukar keputusan Mahkamah Tinggi Malaya sebelum ini yang telah membenarkan permohonan semakan kehakiman responden-responden.
Ketika di Mahkamah Tinggi, Hakim telah membenarkan semakan kehakiman oleh responden-responden untuk perintah antara lain bahawa buku bertajuk "Gay is OK!: A Christian Perspective" tidak wajar disekat. Mahkamah Tinggi juga mengambil pendekatan bahawa tiada bukti yang telah dikemukakan bahawa dengan penerbitan buku tersebut telah mendatangkan ancamana bahaya dan menyebabkan keharmonian awam telah tergugat. Malah, beberapa peruntukan di dalam Perkara 5 hingga Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan telah menjadi asas pertimbangan bersama dengan prinisp Hak Asasi Manusia di dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia (UDHR).
Persoalan utama di dalam artikel ini bukanlah untuk menganalisis dapatan Mahkamah Rayuan namun adalah untuk melihat kewujudan akta ini di dalam mengimbangan Hak Asasi seperti termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa setiap warganegara mempunyai kebebasan bersuara. Namun ia tidak memberi kebebasan kepada warganegara untuk mempersoalkan hak istimewa bumiputera, isu warganegara, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan perkara berkenaan Kedaulatan Raja-Raja. Ini juga adalah kerana wujud Akta Hasutan 1948 yang telah menghadkan Hak bersuara tersebut demi memastikan keamanan dan keharmonian. Malah, kebebasan bersuara ini telah dijamin mengikut perlembagaan serta diputuskan melalui keputusan-keputusan Mahkamah sebelum ini.
Mengikut Akta 301, Kementerian Dalam Negeri telah merampas buku tersebut mengikut Seksyen 7(1) Akta 301 berdasarkan alasan kandungannya adalah memudaratkan ketenteraman, moral dan kepentingan awam. KDN juga telah mewartakan perintah pengharaman buku tersebut yang telah berkuatkuasa pada 27.11.2020. Berdasarkan kepada keputusan kes ini, Mahkamah Rayuan juga telah menyatakan secara majoriti bahawa kuasa KDN di dalam merampas buku tersebut adalah munasabah dan tidak boleh dicabar di Mahkamah berkenaan peruntukan tersebut. Malah, perkara utama yang diambil kira ialah tajuk buku tersebut akan memprejudis ketenteraman, moral dan kepentingan awam.
Berdasarkan keputusan Mahkamah tersebut, tindakan yang diambil oleh KDN di dalam pengharaman buku tersebut adalah suatu yang sah mengikut Undang-Undang di dalam menyekat doktrin budaya liberal dan songsang daripada bercambah di dalam norma masyarakat budaya ini. Mahkamah juga mengambil kira kepentingan Masyarakat secara luas walaupun dikatakan kononnya kandungan buku tersebut adalah daripada perspektif agama Kristian.

Artikel 2
21 September 2023
APLIKASI PENGASINGAN KUASA BAGI PEGUAM NEGARA DAN PENDAKWA RAYA
Nukilan Oleh : Muhamad Hisham bin Marzuki Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Kerajaan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi) ketika sesi Parlimen di dalam menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) telah memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa Kerajaan komited di dalam meneruskan reformasi undang-undang dengan pengasingan kuasa Pendakwa Raya dengan Peguam Negara.
Di dalam perkara ini, Kerajaan telah mewujudkan dua Jawatankuasa iaitu Petugas Khas Kajian Komparatif dan Kajian Petugas Khas Teknikal di dalam membuat kajian empirikal komprehensif dalam masa tempoh setahun untuk mengkaji cadangan pengasingan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara. Malah, kajian juga akan melibatkan beberapa peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan pindaan khusus bagi memastikan lantikan Peguam Negara bebas dan bukan dikawal oleh pelantikan Perdana Menteri seperti sedia ada.
Mengikut amalan sedia ada di dalam Perlembagaan Persekutuan, kuasa Peguam Negara adalah di bawah Perkara 145 mengikut budi bicara untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding. Daripada segi amalannya, pengasingan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara dapat membantu Peguam Negara di dalam menumpukan usaha menasihati kerajaan berkenaan isu undang-undang. Manakala bagi Pendakwa Raya juga dapat menumpukan proses pendakwaan jenayah mana-mana pihak termasuk Menteri yang telah melakukan apa-apa kesalahan mengikut undang-undang.
Dengan keadaan sekarang, apabila berlakunya perubahan kepada Pihak kerajaan memerintah terdapat laporan dan pendakwaaan bagi kes-kes berprofil tinggi juga dikatakan telah berubah. Malah, sesetengah pihak melihat bahawa ia boleh dijadikan alat untuk berlindung di sebalik Peguam Negara yang melakukan Pendakwaan di Mahkamah.
Untuk rekod setakat ini, apabila keputusan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pendakwaan atau Rayuan di Mahkamah serta telah diputuskan bebas oleh Mahkamah, Mahkamah sering kali akan menjadi kesan persepsi yang akan menjejaskan sistem Kehakiman dan perundangan di Malaysia. Tanggapan ini perlu diubah serta mengembalikan kepercayaan rakyat kepada sistem Kehakiman yang bebas daripada campur tangan mana-mana pihak.
Berdasarkan keadaan terkini, terdapat beberapa Negara Komenwel yang telah cuba mengamalkan pengasingan konsep Peguam Negara dan Pendakwa Raya walaupun tidak sepenuhnya iaitu Australia, Hong Kong, India, Kenya dan Britain. Kajian-kajian yang dijalankan juga perlu meneliti berkenaan kebebasan pelantikan pihak-pihak di dalam badan Pendakwa Raya supaya tidak timbul dakwaan yang dipolitikkan setiap kali berlaku pertukaran Kerajaan. Diharapkan tindakan segera di dalam pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya dapat diambil dan dilakukan bagi memastikan undang-undang di Malaysia dapat dilaksanakan mengikut prinsip keadilan.

Artikel 1
12 September 2023
Kedudukan Peguam Negara Malaysia Mengikut Perlembagaan Malaysia
Nukilan Oleh : Muhamad Hisham bin Marzuki Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, perincian berkenaan Peguam Negara ada dinyatakan secara spesifik di dalam Perkara 145 secara khusus. Suatu perlantikan Peguam Negara ini adalah dinyatakan secara jelas di dalam Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) mengikut nasihat daripada Perdana Menteri. Daripada peruntukan ini jelas adalah Peguam Negara yang dilantik adalah berdasarkan kepada sesuatu nasihat yang diberikan daripada Perdana Menteri dalam menasihati YDPA.
Kuasa Peguam Negara yang dilantik adalah signifikan dalam menasihat YDPA, Perdana Menteri dan Kabinet berkenaan perkara dan tugas mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang di Malaysia. Malah, tugas dan kuasa Peguam Negara juga melangkaui dalam perkara jenayah dan jelas adalah mempunyai kuasa untuk menjalankan mengikut budi bicara dengan memulakan, mengendalikan atau menghentikan apa-apa prosiding selain di mahkamah syariah, mahkamah penghulu dan mahkamah tentera. Kuasa budi bicara ini telah dijelaskan secara spesfik di dalam Seksyen 376(1) Kanun Tatacara Jenayah turut memperuntukkan bahawa: "The Attorney General shall be the Public Prosecutor and shall have the control and direction of all criminal prosecutions and proceedings under this Code."
Di dalam menafsir kuasa budi bicara yang diperuntukkan kepada Peguam Negara, pelbagai keputusan mahkamah telah menafsir kuasa budi bicara Peguam Negara dalam tindakan jenayah. Keputusan mahkamah dalam kes Mahkamah Agung Long bin Samat & Ors v. PP [1974] 1 LNS 80; [1974] 2 MLJ 152 telah memberikan panduan bahawa budi bicara ini adalah amat luas untuk dijalankan mengikut tafsiran Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutaun. Malah, penegasan ini juga dibuat di dalam kes Teh Cheng Poh v. PP [1979] 1 LNS 82; [1979] 1 MLJ 50 dan kes Karpal Singh & Anor v. PP [1991] 1 CLJ 183 dalam kuasa budi bicara yang telah diperuntukkan di dalam Perkara 145(3) yang telah menyatakan seperti berikut;
“The discretion vested int he Attorney General is unfettered an cannot be challenged and substituted by that of the Court's the reasoning and logic behind such contention is well illustrated in the cases of PP v. Lee Tin Bau, supra, Long bin Hamat v. PP [1974] 1 LNS 80; [1974] 2 MLJ 152, PP v. Datuk Harun Haji Idris & Ors [1976] 1 LNS 180; [1976] 2 MLJ 116, Poh Ching Cho v. PP [1981] CLJ (Rep) 229."
Justeru, adalah dapat difahami bahawa kuasa budi bicara ini hendaklah digunakan sebaiknya oleh Peguam Negara dalam memastikan cabang Kehakiman seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dapat menjalankan fungsi dengan bebas dan tanpa pengaruh.
Berdasarkan peruntukan-peruntukan tersebut, pelbagai salah faham dan tuduhan dilemparkan kepada institusi mahkamah hendaklah perlu dihentikan. Malah, mahkamah juga adalah suatu institusi yang bebas dan tidak mempengaruhi apa-apa tindakan yang telah diputuskan oleh Peguam Negara dalam memulakan, meneruskan dan memberhentikan apa-apa pertuduhan jenayah di mahkamah.
Namun, dalam menjalankan kuasa budi bicara Peguam Negara, persoalan yang perlu dijawab adalah sejauh manakah kuasa budi bicara tersebut telah dijalankan mengikut setiap fakta dan keadaan agar matlamat keadilan dan kedaulatan undang-undang adalah tercapai.