Kes Iki Putra Mubarrak: Cabaran terhadap Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 berkenaan kesalahan liwat di Mahkamah Syariah
13 Oktober 2023
Oleh: Muhamad Hisham bin Marzuki
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
Mahkamah Persekutuan di dalam kes Iki Putra Mubarrak v Kerajaan Negeri Selangor & Lain-Lain 348 [2021] 3 MLRA, telah memutuskan bahawa Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 adalah tidak berpelembagaan dan diputuskan sebagai tidak sah. Para hakim di dalam kes ini secara keputusan majority telah membuat keputusan berdasarkan tafsiran perkataan ‘except in regard to matters included in the Federal List contained in Item 1, List II, Ninth Schedule of the Federal Constitution…’. Dalam keadaan semasa mengikut undang-undang persekutuan, kesalahan jenayah melibatkan kesalahan seksual luar tabie dan liwat telah dikanunkan mengikut Seksyen 377 dan 377A Kanun Keseksaan untuk dipertuduh di mahkamah sivil.
Di dalam kes ini juga mahkamah mengambilkira apa-apa undang-undang jenayah ditafsir secara intipati dan isi (‘pith & substance’) mengikut tafsiran kuasa Persekutuan iaitu senarai Persekutuan. Malah sebarang perbandingan antara sesuatu jenis kesalahan jenayah syariah adalah milik mutlak dan ekslusif mengikut kuasa di dalam senarai persekutuan. Tafsiran para hakim mengikut konsep ini telah memberikan kuasa mutlak apa-apa hal berkenaan jenayah adalah termasuk di dalam kuasa parliament untuk digubal. Mahkamah juga di dalam membuat keputusan ini mengiktiraf kuasa dewan undangan negeri di dalam menggubal undang-undang islam mengikut tafsiran yang telah diputuskan di dalam kes lebih awal iaitu kes Sulaiman Takrib iaitu tafsiran ‘precepts of islam’ secara meluas dan tidak terhad kepada (5) lima rukun islam sahaja. Walaubagaimanapun, mahkamah menyatakan bahawa kuasa dan skop tersebut perlulah dihadkan kepada tafsiran perlembagaan persekutuan termasuk senarai persekutuan dan senarai negeri.
Kesan daripada penghakiman mahkamah di dalam kes ini amat besar kepada tafsiran kuasa negeri dan persekutuan di dalam menggubal undang-undang sivil, undang-undang jenayah syariah yang telah diamalkan di negara ini sejak daripada sebelum kedatangan British. Malah, sehingga kini dengan keputusan penghakiman di dalam kes ini telah memberi kesan domino berkenaan beberapa peruntukan lain yang sedia ada mengikut akta/enakmen/ordinan jenayah syariah negeri yang dikatakan mempunyai intipati dan isi yang mirip kesalahan jenayah di dalam mahkamah sivil. Berdasarkan kepada tafsiran para hakim di dalam kes ini, wujud beberapa kelompongan jelas di dalam undang-undang sedia ada termasuk kuasa yang diberikan di dalam perlembagaan persekutuan berkenaan kuasa negeri di dalam menggubal undang-undang syariah.
Tambahan pula, dengan tafsiran secara intipati dan isi ini juga secara tidak langsung mengecilkan kuasa mahkamah syariah di dalam membicarakan hal berkaitan jenayah syariah. Walaupun perkara ini tidak diulas di dalam penghakiman tersebut, PPMM melihat keputusan kes ini amat besar di dalam mencorakkan amalan undang-undang syariah di negara ini. Dengan keadaan sedia ada, walaupun peruntukan jenayah syariah lain masih wujud di dalam akta/enakmen/ordinan ianya tidak menjamin bahawa keadaan ini akan kekal kerana penghakiman di dalam kes ini telah membuka ruang kepada peruntukan-peruntukan lain untuk dicabar keabsahan.
Kesimpulannya, cabaran berkenaan undang-undang khusus kepada undang-undang islam bukanlah perkara baru di negara ini malah, ianya akan memberikan kesan yang besar kepada undang-undang syariah di negara ini serta tidak mencerminkan semangat islam sebagai agama persekutuan mengikut Perkara 3 perlembagaan persekutuan.
‘Mengarusperdanakan Syariah’