Peguam Muslim Malaysia
  • UTAMA
  • MENGENAI PPMM
    • BARISAN EXCO PPMM
  • KENYATAAN MEDIA PPMM
  • CDA PPMM
  • HUBUNGI KAMI
  • LAIN-LAIN
    • PPMM DI DADA AKHBAR
    • SIMBA LAW
    • GALERI PPMM
    • ARTIKEL PPMM
    • KEPUTUSAN MAHKAMAH

PENGENALAN CDA PPMM

Picture
​Civil Defence Auxilary (CDA) PPMM ditubuhkan pada 24 Mac 2023,  No Pendaftaran B/CDA-01/PPMM/600-0001. Berdasarkan kepada Arahan Jabatan Bil. 1 tahun 2006 di mana semua Pejabat Negeri Pertahanan Awam telah diarah melaksanakan penubuhan pasukan CDA PPMM di agensi Kerajaan, Swasta dan Badan Berkanun serta Komuniti.

TUJUAN PENUBUHAN

​Membantu mengurangkan kesan terhadap sesuatu kecemasan atau bencana di peringkat awal. Kesiapsiagaan terhadap sesuatu kecemasan di peringkat awal akan memberi “precaution atau preventive measure” yang baik kepada agensi atau pihak yang berkenaan demi jaminan “survival” agensi mereka.

Penubuhan CDA PPMM ini di agensi kerajaan, swasta dan badan berkanun terpilih akan dapat membantu Jabatan melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan semasa keadaan kecemasan atau bencana yang memerlukan perkhidmatan Pertahanan Awam.

Penubuhan CDA PPMM oleh Jabatan adalah selaras dengan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja 1994 dan Akta Kilang Dan Jentera 1967 yang berkehendakkan semua agensi atau pemilik menyediakan persekitaran pekerjaan yang selamat serta mempunyai tahap perlindungan tinggi daripada bahaya yang boleh mendatangkan kecederaan atau kehilangan nyawa semasa melaksanakan perkhidmatan.

​Impak dan kesan daripada sesuatu kejadian kecemasan, kemalangan atau bencana sudah pasti amat memeritkan dan agak sukar diramalkan serta mendatangkan kerugian yang sukar diterima oleh individu, agensi atau syarikat yang terlibat. Dengan latihan kecemasan dan pengurusan bencana yang diberikan oleh APM, ia akan membantu pekerja untuk memberi tindak balas awal seterusnya mengurangkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.

Carta Organisasi CDA PPMM

Picture

AKTIVITI CDA PPMM


[8 APRIL 2025]
HARI KEDUA KHIDMAT NASIHAT PERUNDANGAN CDA-PPMM ANGKATAN PERTAHANAN AWAM
MALAYSIA KEPADA MANGSA- MANGSA KEBAKARAN PAIP LINE DI PPS DEWAN CAMELIA SEKSYEN 10 PUTRA HEIGHTS

[7 APRIL 2025]
Khidmat Rundingcara secara percuma oleh CDA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia kepada mereka yang ditimpa musibah kebakaran baru-baru ini yang ditempatkan di dewan Masjid Putra Height sebentar tadi.



Kunjungan hormat dari YS PPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Pengarah APM Negeri Selangor ke Ibu Pejabat CZAR

[7 Mac 2025]
Majlis Pemakaian Pangkat Mejar PA Bersekutu Muhamad Hisham Bin Marzuki, Presiden PPMM oleh YS PPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Pengarah APM Negeri Selangor serta TPj. (PA) Hj Abdul Wahab Bin Hj Rahim, Ketua Pesuruhjaya APM Malaysia


15 November 2024 - Kunjungan hormat dari Civil Defence Auxiliary (CDA) Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) ke Ibu Pejabat Pertahanan Awam.

Penyediaan Pameran semasa Lawatan Kerja YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI KE IBU PEJABAT PERTAHANAN AWAM (IPPA)


5 NOVEMBER 2024
MAJLIS MAKAN MALAM PERDANA WARGA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
BERSAMA YAB DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI

Sekitar Majlis Perhimpunan Setia APM Bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor Tahniah Tuan Ridhuan Jamhari di atas pengurniaan Pangkat Kapten Bersekutu CDA PPMM.


20 Oktober 2023
Kunjungan Hormat Di antara PPMM dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

22 November 2023
Satu Majlis Menandatangani Nota Hasrat antara APM dan PPMM telah diadakan di Majlis Madani Siaga " Sigap Pertahanan Awam : Siaga MTL " Tahun 2023.


Sumbangan Keperluan Pembersihan kepada Peguam Terjejas akibat Banjir

Penyediaan Makanan Kepada Mangsa Banjir di PPS


Misi Kemanusiaan Pasca Banjir(Hulu Langat, Selangor)

Misi Kemanusiaan Pasca Banjir (Temerloh, Pahang)


Sumbangan Katil Kepada Mangsa Banjir di PPMM x APM

Sumbangan Keperluan Asas Kepada Mangsa Banjir kepada Staff DBP terkesan Banjir


Transformasi PPMM x APM

Picture

Picture


​Alamat : 32C Jalan Raja Alang, Kampung Baru,
​50300 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

​Waze : Pusat Rundingcara & Mediasi MAIWP-PPMM


Office: 03 2938 2690​
Whatsapp No : 010-241 9880 
Emel : [email protected]
Website : www.ppmm.org.my


HAK CIPTA TERPELIHARA PPMM 2023

  • UTAMA
  • MENGENAI PPMM
    • BARISAN EXCO PPMM
  • KENYATAAN MEDIA PPMM
  • CDA PPMM
  • HUBUNGI KAMI
  • LAIN-LAIN
    • PPMM DI DADA AKHBAR
    • SIMBA LAW
    • GALERI PPMM
    • ARTIKEL PPMM
    • KEPUTUSAN MAHKAMAH