Peguam Muslim Malaysia
  • UTAMA
  • TENTANG PPMM
  • CDA PPMM
  • HUBUNGI KAMI
  • KENYATAAN MEDIA PPMM
  • LAIN-LAIN
    • PPMM DI DADA AKHBAR
    • SIMBA LAW
    • GALERI PPMM
    • ARTIKEL PPMM
    • KEPUTUSAN MAHKAMAH
Picture

PPMM - BERITA TERKINI
​

25 APRIL 2025

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM) KALI KE-38 DAN MAJLIS MESRA AIDILFITRI 1446H

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Kali Ke-38 Dan Majlis Mesra Aidilfitri 1446H telah diadakan di Dewan Intan Adamson Hotel Kuala Lumpur.

Majljs dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Presiden PPMM Tuan Muhamad Hisham bin Marzuki seterusnya mengumumkan pembubaran jawatankuasa sesi 2023-2025. PPMM mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan ahli jawatankuasa sesi lalu di atas khidmat bakti yang telah diberikan.

Hasil mesyuarat telah melantik Jawatankuasa yang baru bagi sesi 2025-2027. PPMM mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2025-2027 yang telah terpilih pada sesi pemilihan kali ini. Semoga dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik.
​
PPMM mengucapkan terima kasih kepada Tetamu jemputan yang hadir memeriahkan Majlis Mesra Aidilfitri PPMM 1446H.

24 April 2025

PPMM menerima Jemputan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk hadir ke Majlis Wacana Merong Mahawangsa dan Pelancaran Buku Terbitan DBP.

Majlis disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah.
​
Penganjuran wacana bertujuan untuk membicarakan hasil penyelidikan yang telah diterbitkan bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa: Interpretasi Teks dan Nilai Sejarah dalam usaha memasyarakatkan khazanah warisan bahasa, sastera dan sejarah manuskrip Melayu. Bersempena dengan majlis tersebut, tiga buah buku yang berkaitan dengan negeri Kedah telah dilancarkan.

14 April 2025

Diskusi Strategik Memperkasakan Kolaborasi UniSHAMS dan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) untuk Pembangunan Program Sarjana Muda Undang-Undang dan Perundangan Syariah

8 APRIL 2025]
KHIDMAT NASIHAT PERUNDANGAN CDA-PPMM ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA  KEPADA MANGSA-MANGSA
KEBAKARAN PAIP LINE DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS)
DEWAN CAMELIA PUTRA HEIGHTS

7 APRIL 2025]
KHIDMAT NASIHAT PERUNDANGAN CDA-PPMM ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA  KEPADA MANGSA-MANGSA
KEBAKARAN PAIP LINE DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS)
DEWAN MASJID PUTRA HEIGHTS

[15 Mac 2025]
[𝐒𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍: 𝐈𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐏𝐏𝐌𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐘𝐀𝐓𝐈𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅]
​
Seramai 74 orang Anak Yatim dan Asnaf berumur 5 bulan sehingga 17 tahun daripada ‘Pusat Jagaan Kasih Murni’ & ‘Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Dan Asnaf Baitun Nurrawdhah’ diraikan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

[14 Mac 2025]
Kunjungan Hormat Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) ke atas Peguam Negara, Dato' Mohd Dusuki bin Mokhtar di Bilik Kunjungan Hormat Peguam Negara, Jabatan Peguam Negara Malaysia I Attorney General's Chambers Malaysia.

27 Februari 2025
​
Telah Berlansung Simposium Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan Dalam Bidang Undang-Undang. Program Yang Julung Kalinya Di Adakan Oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Dengan Kerjasama Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Jabatan Perdana Menteri, Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Majlis Peguam Malaysia (MPM) Dan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP

​

3 Februari 2025
​Telah berlangsung Program Canai Bahasa dan Sastera yang bertajuk Merakyatkan Undang-undang, Memartabatkan Bahasa Kebangsaan. Tuan Khairul Naim Rafidi selaku Exco PPMM telah dijemput menjadi Panel bagi membicarakan berkaitan bahasa kebangsaan dalam bidang undang-undang. Program ini menerusi Studio Siaran Langsung Media Sosial DBP pada 3 Februari 2025 (Isnin), pukul 10.00 pagi.
#BahasaJiwaBangsa


3 Februari 2025
​Dato Zainul Rijal bersama Danial Farhan mewakili Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia Mengarusperdanakan Syariah dengan membantu Madrasah Tahfiz Ar raudah dan Madrasah Tahfiz Nur Aisyah di Tenom Sabah. ​

22 JAN 2025 - 26 JAN 2025. 
ZIARAH MAHABBAH ​PPMM BERSAMA KOMUNITI ISLAM DI UDON THANI, THAILAND MENCAPAI OBJEKTIF. PPMM MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG, SEMOGA PARA PENYUMBANG DI BERIKAN GANJARAN OLEH ALLAH SWT.


4 & 5 Januari 2025
Klinik Bantuan Guaman Fakulti Undang-Undang 
UiTM Shah Alam dengan kerjasama PPMM dan Persatuan Alumni Undang-Undang UiTM Shah Alam

8 Januari 2025

Wacana Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Undang-Undang Cabaran Kini dan Mendatang. Anjuran Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia

Selasa , 17 Disember 2024

KUNJUNGAN HORMAT YS TUAN PENGARAH APM SELANGOR KE PEJABAT PENGERUSI CDA PPMM 


Picture

​LAWATAN KE PARLIMEN MALAYSIA

4 DISEMBER 2024 - Delegasi PPMM diketuai oleh Presiden PPMM Muhamad Hisham bin Marzuki ke Parlimen Malaysia untuk melihat secara langsung persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.


​Jumaat, 15 November 2024

KUNJUNGAN HORMAT CDA PPMM KE IBU PEJABAT PERTAHANAN AWAM

 Kunjungan hormat dari Civil Defence Auxiliary (CDA) Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) ke Ibu Pejabat Pertahanan Awam.

Kunjungan hormat diketuai Tuan Muhamad Hisham bin Marzuki selaku Presiden PPMM merangkap Komandan CDA PPMM dan YBhg. PPj. Bersekutu (PA) Dato' Zainul Rijal Abu Bakar, Penasihat CDA PPMM bertempat di Bilik Mesyuarat Jebat pada petang tadi.
​
Kunjungan tersebut disambut baik oleh YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim Bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Perbincangan dua hala ini memfokuskan kerjasama, pengetahuan, pengembangan dan teknikal yang dapat diberikan kepada kedua-dua belah pihak.

14 NOVEMBER 2024 

​MAJLIS PELANCARAN PERLINDUNGAN INDEMNITI TAKAFUL (PELITA)
 
LAWYERS PROFESSIONAL INDEMNITY INSURANCE/TAKAFUL & OTHER SOLUTIONS- WHICH, WHAT & HOW

5 NOVEMBER 2024

MAJLIS MAKAN MALAM PERDANA WARGA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA BERSAMA YAB DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

23 OKTOBER 2024

SEMINAR PERANCANGAN BAHASA KEBANGSAAN 2024
​ANJURAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA

21 OKTOBER 2024

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) UniSHAMS BERSAMA PPMM

Persatuan Peguam-Peguam Muslim (PPMM) bersedia untuk membantu individu yang dipercayai menjadi mangsa penindasan oleh Kumpulan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) dengan memberikan nasihat guaman secara percuma. 

Setiausaha Agung PPMM Danial Farhan berkata, bantuan yang ditawarkan bertujuan membantu mangsa menuntut hak sehingga mendapatkan keadilan sepenuhnya.

Ujarnya, usaha ini dijalankan menerusi kerjasama antara PPMM bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan menubuhkan Pusat Rundingcara dan Mediasi MAIWP-PPMM yang bertujuan memberikan bantuan nasihat guaman dan mediasi percuma kepada asnaf di Wilayah Persekutuan dan Selangor.

“Mangsa atau mana-mana asnaf yang memerlukan bantuan nasihat guaman dan mediasi percuma boleh berhubung dengan talian pejabat PPMM di talian nombor yang tertera iaitu 010-241 9880 atau boleh sahaja terus emel di alamat [email protected],” katanya dalam kenyataan.

Sumber: Kenyataan Media Persatuan Peguam-Peguam Muslim (PPMM)

8 Oktober 2024
BENGKEL PERANCANGAN PROGRAM AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR BERSAMA PERTUBUKAN ISLAM BUKAN KERAJAAN (PIBK) MAIS

6 Oktober 2024
​PPMM BERSAMA PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN MELAWAT PONDOK TOK KENALI KUBANG KERIAN (PIBK) MAIS


​26 Ogos 2024

Picture
Picture

3 Ogos 2024

Siri Training of Practitioner (TOP) PPMM 2024 Batch 1 Siri 4 Ini Telah Dikendalikan oleh SifuTrademark Tuan Md Azezi bin Husain @ Abdullah
dengan Tajuk Modern Day Business : Know How to Leverage The IP,

22 Julai 2024

KUNJUNGAN HORMAT PPMM BERSAMA DR. HAZAMI JAHARI 
 KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA

13 Julai 2024

Siri Training of Practitioner (TOP) PPMM 2024 Batch 1 Siri 3 Ini Telah Dikendalikan oleh Tuan Shazril Khairy Mustafa & Associates Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah Mediator bertauliah
dengan Tajuk Pensivilan Syariah " Anda Tanya Saya Jawab "

22 Jun 2024

Siri Training of Practitioner (TOP) PPMM 2024 Batch 1 Siri 2 ini telah dikendalikan oleh Tuan Ku Amirul Faiz bin Ku Seman selaku Peguam Bela, Peguam Cara Mahkamah Tinggi Malaya & Peguam Syarie dengan Tajuk Pena Beracun & Tinta Perundangan


​5 JUN 2024 

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA BERSAMA YBHG. KOLONEL DATUK HAJI MOHD AJIB BIN ISMAIL PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN


​

1 Jun 2024

Siri Training of Practitioner (TOP) PPMM 2024 Batch 1 buat julung-julung kalinya di anjurkan oleh PPMM di Pusat Rundingcara & Mediasi MAIWP - PPMM.

Seramai 15 orang yang telah disenarai pendek daripada banyak permohonan yang telah diterima.
Siri Pertama ini telah dikendalikan oleh Puan Yusmawati Binti Ab.llah selaku Naib Presiden 1 PPMM dengan tajuk Kenapa Saya Nak Jadi Peguam ?.

Melalui Siri ini Peserta diberi pendedahan ringkas melalui perkongsian oleh Peguam senior di dalam pelbagai aspek perundangan terdiri daripada perlembagaan, syariah, litigasi, conveyancing, korporat dan tatacara pengurusan firma yang baik. Peserta juga akan didedahkan dengan dunia kepeguaman secara efektif dan peserta akan diberi pendedahan untuk merancang dan pengendalian firma secara asas. Siri ini juga sedikit sebanyak dapat membantu peserta untuk menempuh alam kepeguaman dengan sedikit bekalan ilmu di dalam dunia profesion yang semakin mencabar.
​
Siri Training of Practitioner (TOP) PPMM 2024 dijadualkan berlangsung selama 3 bulan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

21 MEI 2024

KONVENSYEN PEMANTAPAN PERUNDANGAN DAN INSTITUSI SYARIAH (KONSIS 2024)

7 MEI 2024

PPMM menerima jemputan daripada JAKIM menghadiri International Conference of Religious Leaders 2024. Persidangan ini dihadiri oleh pemimpin dan cendekiawan daripada pelbagai negara. Conference diadakan bertempat di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya Selangor

29-30 April 2024

INTERNATIONAL SYMPOSIUM ON EMPOWERMENT OF CHILDREN’S COMMISSION: STRENGTHENING RIGHTS AND SAFEGUARDING FUTURES

PPMM berpeluang menyertai simposium antarabangsa dalam pemerkasaan Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM.

PPMM komited dalam menyertai sesi intelektual berkenaan hak kanak-kanak khusus di Malaysia.

PPMM mengucapkan penghargaan kepada Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM atas undangan jemputan.

26 APRIL 2024

Mesyuarat Agung Tahunan PPMM & Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Peguam Muslim Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
​

Pihak PPMM mengucapkan ribuan Terima kasih pada Tuan Presiden, Timbalan Presiden Muhammad Hariz Bin Md Yusoff Muhamad Hisham Bin Marzuki, Amir PPMM 1 Dato' Haji Zainul Rijal Abu Bakar, Amir PPMM 2 Haji Haniff Khatri Abdulla, Ahli Jawatankuasa, ahli-ahli PPMM, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam - PEMBELA, The Merdeka Times, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Nizam Bin Haji Yahya serta Rumah Anak Yatim Syifa, Anak Yatim daripada Rumah Penyayang dengan kehadiran tetamu dapat memeriahkan lagi majlis tersebut.

30 MAC 2024

PPMM mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang dana Iftar Jama'ie 1445H bersama 42 Anak-Anak Yatim & Asnaf daripada Daryl Kifayah dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut

14 FEBRUARI 2024

​Kerjasama NGO Islam antara Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), I-Qanun dan Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) bertolak dari Lapangan Terbang KLIA ke The Hague, Netherlands bagi menghadiri sesi perbicaraan tindakan ke atas Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)

16 FEBRUARI 2024

​​Kunjung Hormat Delegasi PPMM bersama GSPP ke Kedutaan Malaysia di The Hague. Kedatangan Delegasi disambut oleh YBrs Encik Ishrin bin Mohd Ishak selaku Minister Counsellor dan Ms Wan Maisarah Mohamed Idrus. Kehadiran Delegasi PPMM dan GSPP hadir bagi membincangkan tujuan kehadiran Delegasi bagi membentuk kerjasama berkenaan isu Palestin

19 FEBRUARI 2024

​ALHAMDULILLAH BERITA BAIK KESEMUA DELEGASI GSPP, PPMM DAN I-QANUN SERAMAI 9 ORANG DIBENARKAN MASUK MENGIKUTI PENDENGARAN DI ICJ HARI INI. HANYA SEORANG LAIN DARI UK DIBENARKAN. PERBICARAAN BERMULA JAM 10 PG WAKTU THE HAGUE.

28 Januari 2024

Kunjungan Hormat bersama Perwakilan Malaysia di Geneva Dato' Nadzirah Binti Othman

Menghadiri Sesi pertemuan dengan perwakilan Malaysia di Geneva, Dato' Nadzirah binti Othman selaku perwakilan tetap Malaysia di Geneva. Turut berkunjung mesra dengan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Balachandran Tharman yang mengetuai delegasi Malaysia semasa sesi semakan Berkala Sejagat UPR bagi membincangkan pasca proses semakan Berkala sejagat Malaysia.

25 Januari 2024

​Sesi Semakan Berkala Malaysia Ke-4 Geneva, Switzerland

Malaysia telah selesai menjalani sesi semakan oleh semua negara di Pertubuhan Bangsa Bersatu. Sebanyak 131 negara telah memberikan cadangan kepada penambah baik perkara melibatkan Hak Asasi Manusia.

Antara isu hak asasi manusia dicadangkan yang mendapat perhatian ialah hak mendapat pendidikan, menghapus kemiskinan, penyediaan rumah mampu milik, meningkatkan layanan dan undang-undang bagi wanita dan kanak-kanak, hak layanan kepada pencari suaka negara dan akses kepada orang kurang upaya.

Selain itu terdapat gesaan daripada beberapa negara untuk Malaysia mengambil tindakan berkenaan pemberian Warganegara kepada anak melalui ibu, layanan kepada seksual orientasi dan gesaan menyemak semula undang-undang yang boleh menghukum LGBTQ.

Setakat ini, Malaysia telah menjawab beberapa isu seperti hal penyediaan perumahan, reformasi undang-undang, penghapusan hukuman mati dan pindaan undang-undang berkenaan perlindungan kepada kanak-kanak.

Untuk sesi kali ini, wakil-wakil dari Malaysia  diketuai oleh timbalan ketua Setiausaha kementerian luar, Dato Balachandran telah berjaya memberikan maklumbalas kepada cadangan-cadangan yang diterima Malaysia.

ARTIKEL PENERBITAN PPMM

Picture


HEBAHAN- PPMM

Picture

Picture


​Alamat : 32C Jalan Raja Alang, Kampung Baru,
​50300 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

​Waze : Pusat Rundingcara & Mediasi MAIWP-PPMM


Office: 03 2938 2690​
Whatsapp No : 010-241 9880 
Emel : [email protected]
Website : www.ppmm.org.my


HAK CIPTA TERPELIHARA PPMM 2023

  • UTAMA
  • TENTANG PPMM
  • CDA PPMM
  • HUBUNGI KAMI
  • KENYATAAN MEDIA PPMM
  • LAIN-LAIN
    • PPMM DI DADA AKHBAR
    • SIMBA LAW
    • GALERI PPMM
    • ARTIKEL PPMM
    • KEPUTUSAN MAHKAMAH