Pengenalan
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan Islam (NGO-i) dan kini mempunyai keahlian lebih 400 ahli.
PPMM telah ditubuhkan pada 18hb Mac 1988 dengan moto, "Mengarusperdanakan Syariah" dan telah didaftarkan dengan No pendaftaran persatuan adalah PPM-003-14-18031988 didaftarkan mengikut peruntukan seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan No Pendaftaran 680/88 (Wilayah Persekutuan).
Ahli PPMM terdiri daripada individu yang mempunyai kepakaran di dalam perundangan Syariah dan juga Sivil. Sejak penubuhan,
PPMM telah bergerak aktif di dalam mewakili kes-kes di Mahkamah yang berbidangkuasa melibatkan kepentingan awam dan orang Islam di Malaysia.
Seperti yang sedia maklum, Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) telah menjalinkan kerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP) melalui program Mediasi dan Rundingcara MAIWP-PPMM.
Melalui kerjasama ini, pihak PPMM dapat membantu MAIWP di dalam memberi bantuan secara terus kepada golongan asnaf yang berkelayakan di Wilayah-Wilayah Persekutuan berkaitan isu-isu perundangan yang sedia ada dan menyelesaikan pertikaian melalui Mediasi.

Objektif PPMM
Mewujudkan perpaduan, penyatuan dan persefahaman dalam kalangan Peguam-Peguam Muslim di Malaysia;
Berusaha bagi menerapkan undang-undang Islam, nilai dan prinsip murni diaplikasi dalam undang undang di Malaysia;
Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam lapangan perundangan;
Menjaga dan melindungi kepentingan dan kebajikan ahli-ahli persatuan yang terjejas akibat sebarang bencana dan musibah;
Bertukar-tukar pendapat, pandangan, idea dan maklumat berkaitan isu-isu yang melibatkan perundangan, kepentingan awam dalam kalangan ahli-ahli;
Berusaha untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana badan, persatuan dan agensi sama ada di dalam atau luar negara yang boleh memberi manfaat kepada ahli-ahli dan persatuan;
Memberikan khidmat bantuan dan pertolongan berbentuk kemanusiaan kepada masyarakat akibat bencana dan kemalangan.

Barisan Exco 2023-2025
Cik. Nur Adeba Ainaa Binti Mohd Noor Rashid
Hal Ehwal & Hak Asasi Wanita & Kanak-Kanak |
Pn. Nur Fatin Syakinah Binti Kamarudin
Simba Law Alliance & Jalinan & Jaringan Antarabangsa |
En. Hafez bin Zalkapli
Stratergic Litigasi & Isu-Isu Perundangan |
En. Khairul Naim Bin Rafidi
Stratergic Litigasi & Isu-Isu Perundangan |
En. Muhammad Aiman Bin Muhamad Luthffi Ameer
Exco Mediasi dan Alternatif Dispute Resolution |